Perbincangan:Orang India Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Master of Books (bincang | sumb.)
Baris 4:
 
amalan agama yang di amalkan oleh kaum india di malaysia??
 
==Perlu Sertakan Sumber Rujukan yang Boleh Dipercayai==
Saya lihat '''sebahagian besar artikel ini tidak disertakan sumber rujukan yang boleh dipercayai''' untuk mengesahkan bahawa semua yang ditulis adalah berdasarkan fakta-fakta sejarah (daripada pakar-pakar berkaitan) hasil daripada penemuan arkeologi (monumen, artifak, fosil, prasasti/inskripsi, pentarikhan karbon, dsb.), antropologi (budaya ditemui di lokasi arkeologi, dsb.). Semua yang ditulis dalam artikel ini '''tak seharusnya berdasarkan andaian semata-mata tanpa sebarang bukti konkrit''' daripada para sejarawan dan para pakar berkaitan.
 
Sebagai contoh, cuba lihat ayat dalam seksyen "Sejarah" berikut:
:''"Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu."''
Ayat dalam petikan di atas adalah '''bercanggah dengan penemuan-penemuan arkeologi''' oleh ahli-ahli arkeologi dan para pakar berkaitan. Ia tidak mempunyai sebarang asas dan bukti kukuh (daripada arkeologi dsb.) untuk menyokong wujudnya penghijrahan/petempatan komuniti India ke Malaysia sejak 2,000 tahun dulu.
 
Kajian arkeologi yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi di tapak-tapak bersejarah seperti di '''Lembah Bujang''' dan '''Sungai Batu''' mendapati '''agama Buddha dan Hindu hanya wujud selepas akhir abad ke-4 dan abad ke-5 Masihi'''. Jadi, di mana logiknya masyarakat India dikatakan wujud di Malaysia sejak 2,000 tahun dulu jika ia disandarkan pada candi-candi Buddha & Hindu yang dijumpai?
 
Tambahan pula, '''penemuan "monumen" kuno di tapak arkeologi Sungai Batu yang telah dibina pada abad ke-2 Masihi''' (itu kira-kira 1,800 tahun dulu, bukannya 2,000 tahun dulu) '''tidak mewakili agama Hindu atau Buddha.''' Malah semua candi Buddha dan Hindu yang dijumpai di Lembah Bujang tidak semestinya mewakili bangsa India kerana ia juga boleh mewakili masyarakat tempatan berdasarkan catatan-catatan sejarah. Bahkan '''terdapat penemuan tinggalan/artifak masyarakat atau budaya-budaya tempatan di tapak-tapak arkeologi''' di sana.
 
Jadi, tiada bukti arkeologi untuk mengesahkan wujudnya migrasi masyarakat dimaksudkan itu pada abad ke-1 hingga akhir abad ke-4 Masihi di Malaysia. Oleh itu, ia harus dipadam untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
 
Untuk maklumat lanjut atau '''jika anda ingin memahami penemuan-penemuan arkeologi di Sungai Batu dan Lembah Bujang''' bolehlah lawat blog '''oleh ahli-ahli arkeologi''' yang terbabit di tapak-tapak bersejarah seperti berikut:
http://arkeosungaibatu.blogspot.com/2011/02/sungai-batu-di-lembah-bujang.html
 
Terima kasih.
 
--[[Pengguna:Master of Books|MoBs]] ([[Perbincangan pengguna:Master of Books|bincang]]) 17:00, 8 Ogos 2012 (UTC)
Kembali ke laman "Orang India Malaysia".