Dr. Rushdi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jufert (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 33:
Alimin (Ed Osmera) adalah sahabat Dr. Rushdi yang menderita sakit setelah kematian isterinya (Noor Azizah). Beliau memiliki sebuah banglo yang besar di pinggir bandar di samping orang gajinya, Karto.
 
Pada suatu hari, Rozaiman (Ismail Mahmud) telah datang ke rumah Dr. Rushdi menjemput Dr. Rushdi sekeluarga ke majlis keraian di rumahnya. Rozaiman memperkenalkan dirinya sebagai seorang Dr yang baru bertukar dari Pantai Timur. Semasa di majlis ini, Dr. Rushdi telah menerima panggilan dari seorang pesakitnya yang berkehendakkan rawatan. Hal ini menimbulkan kemarahan Maryana dan dia telah berkeras tidak mahu mengikut Dr. Rushdi pulang. Rozaiman melihat peristiwa ini sebagai peluang untuk memikat Maryana. Akhirnya mereka telah terlanjur beberapa kali.
 
Kecurangan Maryana dan Rozaiman telah diketahui oleh Dr. Rushdi apabila rakannya Zafir (Ibrahim Joned) telah memberitahu yang mereka berdua sedang berada di sebuah hotel. Melihat kepada kecurangan Maryana, Dr. Rushdi cuba untuk membunuh diri tetapi dapat dihalang oleh Muliani (Sarimah), jururawat yang bekerja di kliniknya. Muliani pada ketika ini meluahkan cintanya kepada Dr. Rushdi yang dia pendam sejak sekian lama.