Perbezaan antara semakan "Bisikan Arwah (filem 1988)"

 
== Sinopsis ==
 
[[File:Mr. Os membuat perjanjian dengan Ratu Ular.jpg|thumb|Parta ketika membuat perjanjian dengan Ratu Ular]]
 
Iwan (Yoseph Hungan) sangat ingin memiliki kulit seekor ular yang ganjil. Belum sempat ular tersebut ditangkap, ular tersebut adalah jelmaan roh Parta ([[Mr. Os]]) yang dibunuh penduduk kampung kerana mengganggu Eka (Putri Salbiah), seorang gadis kampung yang cantik. Untuk membalas dendam, Parta mendiami jasad Iwan. Maka bermulalah beberapa siri pembunuhan kejam dan misteri yang menyebabkan masyarakat kampung hidup dalam ketakutan.
 
[[File:Jelmaan Parta yang menghuni tubuh Iwan.jpg|thumb|Mr. Os sebagai Parta]]
 
Eka memohon bantuan seorang ustaz (Pitraja Burnama) bagi mengatasi permasalahan yang melanda kampung tersebut. Maka pendedahan yang sebenarnya pun dibuat; Parta yang serba kekurangan dari segi fizikal sangat mengidamkan Eka, namun akibat sering dihina Parta telah memutuskan untuk bertapa didalam sebuah gua dan mendapat bantuan Ratu Ular bagi tujuan membalas dendam. Akan tetapi Parta dipersyaratkan agar hidup membujang buat selamanya; sesuatu yang memang bertentangan dengan keinginanya untuk memiliki Eka. Dia dikehendaki untuk melakukan beberapa upacara mistik, termasuk memakan semangkuk cacing hidup dan meniduri Ratu Ular berkenaan. Sekembalinya dari pertapaan, Parta akhirnya berhasil memikat Eka dan kemudian membunuhnya. Mira (Nina Karina) isteri kepada Iwan yang jasadnya dihuni oleh Parta, juga gusar dan bercadang untuk membongkar misteri ini.
57

suntingan