Perbezaan antara semakan "Suku Bidayuh"

504 bait ditambah ,  7 tahun lalu
==Pakaian Tradisional==
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
 
Yang di atas itu adalah salah
 
Pakaian tradisional suku kaum bidayuh bagi suku kaum Bidayuh Serian dalah baju warna hitam lengan panjang dan seluar warna hitam dan sarung kepala pakai tengkolok berwarna. Suku kaum Bidayuh bau bagi perempuan adalah baju hitam lengan panjang dan sarung tenun warna keemasan dan dililit dengan wang syiling 5 sen dan kepala ditutup dengan Sipiah@Kopiah yang berwarna hitam, putih dan merah. Manakala lelaki memakai kain jubah warna putih dan Kepala dibalut dengan Bulang.
 
==Seni Muzik==
Pengguna awanama