Abu Abdallah Muhammad Al-Idrisi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
[[Tokoh dunia|Tokoh]] '''Abu Abdallah Muhammad Al-Idrisi''' (dilahirkan pada tahun [[1099]] masihi di [[Ceuta]], [[Sepanyol]] dan meninggal dunia pada tahun [[1166]] masihi) merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1099 - 1166.
 
Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan bebola perak seberat 400800 paun untuk Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 70 iklim, laluan perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang. Beliau juga mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat.
Tokoh Geografi kurun ke-12 ini kemudiannya menghasilkan buku [[Nuzhah al Musytaq fi Ishtiraq al Afaq]] (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Iklim) atau Roger's Book iaitu sebuah ensaiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara [[Eropah]], [[Afrika]] dan [[Asia]]. Mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca negara-negara yang terdapat di dalam petanya. Beliau turut menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan. Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan peta Al Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah [[Christopher Columbus]].