Matlan Marjan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: Matlan Marjan merupakan anak jati Kg. Timbang Dayang, Kota Belud,Sabah.Beliau merupan salah seorang pemain yang disegani dalam tahun 90-an.Beliau bukan sahaja seorang pemain...
 
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Matlan Marjan]] merupakan anak jati Kg. Timbang Dayang, [[Kota Belud]],[[ Sabah]].Beliau merupan salah seorang pemain yang disegani dalam tahun 90-an. Beliau bukan sahaja seorang pemain bola sepak yanyang disegani di negeri Sabah, malah beliau merupakan salah seorang pemain [[Malaysia]] yang cukup berpoengalaman dan memiliki kemahiran yang cukup tinggi dalam permainan bola sepak. Ketika menyarung jersi kebangsaan suatu ketika dahulu, Matlan pernah mengetuai pasukan negara untuk berkmain di peringkat antarabangsa. Ingatkah anda ketika [[Malaysia]] menentang pasukan [[England]] pada awal 90-an? Pada masa itu, pasukan malaysiaMalaysia tewas 4-2 kepada pasukan gergasi dunia itu. Namun, pasukan negara tidak pulang dengan tangan kosong tatkala Matlan menjaringkan dua gol untuk pasukan negara. Ini merupakan satu pencapaian dan sumbangan Matlan yang harus dibanggakan negara.
 
Kini, Matlan masih lagi berkecimpung dalam dunia bola sepak. Beliau menjadi jurulatih sebuah kelab bola sepak di negeri Sabah. Kejayaan demi kejayaan yang tercipta membuatkan Matlan Marjan masih lagi disegani sehingga ke hari ini. Nama beliau masih lagi menjadi bualan ramai. Biarpun beliau terlibat dengan skandal bola sepak suatu ketika dahulu, namun kegigihan dan keikhlasan beliau untuk terus menyumbangkan pengalaman serta tenaga dalam dunia bola sepak masih lagi terserlah, terutama di kalangan belia. Beliau harus menjadi contoh terpenting dalam bola sepak negara seperti juga [[Mokhtar Dahari|Allahyarham Mokhtar Dahari]], [[Soh Chin Aun|Datuk Soh Chin Aun]], [[Santokh Singh]], [[Zainal Abidin Hassan]], dan sebagainya.