Anak Bukit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 203.82.87.46 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Khairul akmal
Baris 1:
[[Bandar Muadzam Shah Alor Setar|Bandar Muadzam Shah]]
 
'''Anak Bukit''' adalah sebuah bandar diraja di Negeri Kedah, Malaysia dan terletak di Kawasan Parlimen [[Kuala Kedah]]. Anak Bukit juga merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah [[Kota Setar]]. Anak Bukit terletak berhampiran dengan Alor Merah dan Kepala Batas iaitu di Lebuhraya Darul Aman. Pekan ini terletak 7 km dari pusat bandar Alor Setar dan dihubungkan dengan Lebuhraya Darul Aman.
 
Anak Bukit juga merupakan kawasan baru bagi bangunan pentadbiran Negeri Kedah, Jabatan Pendaftaran Negara, Makkamah Syariah baru dan lain-lain lagi.
 
TerletaknyaIa dikenali sebagai bandar diraja Kedah kerana kediaman rasmi Sultan iaitu Istana Anak Bukit terletak di sini. Ia juga merupakan tempat kelahiran Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
 
Pada Februari 2009, istana melalui satu pembaharuan RM70 juta sempena sambutan ulang tahun ke-50 pemerintahan Sultan Kedah pada tahun 2008. Ini melibatkan pembinaan sebuah bangunan baru yang menempatkan audien baru dan dewan makan yang boleh memuatkan 1400 orang pada satu-satu masa. Ia menggantikan audien yang sedia ada dan dewan makan yang hanya boleh memegang kurang daripada 1,000 orang. Bangunan itu telah siap pada Oktober 2007.