Perbezaan antara semakan "Pemerintahan Ganas"

k
Kemas dan tambah pautan kpd Robespierre
(Tambah asal-usul)
k (Kemas dan tambah pautan kpd Robespierre)
'''Pemerintahan Ganas''' (5 September 1793 – 28 Julai 1794) (haribulan kedua ialah haribulan 10 [[Thermidor]], tahun II Takwim [[Revolusi Perancis]]),<ref>''Terror, Reign of''; Encyclopædia Britannica</ref> juga dikenali mudah sebagai '''Keganasan''' ({{lang-en|''The Terror''}}; {{lang-fr|link=no|''la Terreur''}}), ialah tempoh berlakunya keganasan selepas [[Revolusi Perancis]]. Keganasan ini diapikan oleh golongan politik yang bersaing, puak [[Girondin]] dan [[Jacobin]], dan ditanda oleh pembunuhan beramai-ramai "musuh revolusi". Bilangan orang yang maut dianggarkan berpuluhan ribu, dengan 16,594 orang menjalani hukuman mati dengan [[gilotin]] (2,639 di [[Paris]]),<ref>{{cite web|last=Linton|first=Dr Marisa|title=The Terror in the French Revolution|url=http://www.port.ac.uk/special/france1815to2003/chapter1/interviews/filetodownload,20545,en.pdf|publisher=Kingston University|accessdate=2 December 2011}}</ref> dan 25,000 dihukum mati terus di seluruh Perancis.<ref>Donald Greer, ''The Incidence of the Terror during the French Revolution : A Statistical Interpretation'', Cambridge (United States), Harvard University Press, 1935</ref>
 
Alat gilotin (disebut "Pisau Cukur Kebangsaan") menjadi lambang perjuangan revolusi, diperkukuhkan oleh beberapa pelaksanaan hukuman mati: [[Marie Antoinette]], [[Raja Louis XVI]], [[Girondin]], [[Louis Philippe II, Duke dari Orleans]], dan [[Madame Roland]], juga orang ramai seperti perintis sains kimia [[Antoine Lavoisier]], yang semua maut di mata pisau gilotin. Dalam tahun 1794, France revolusioner dibeban konspirasi musuh dalaman dan luaran. Dalam Perancis, revolusi ditentang oleh bangsawan Perancis yang telah hilang kedudukan dan hak istimewa mereka. Secara amnya Gereja [[Katolik Rom]] menentang Revolusi kerana ia menjadikan para pegawai dan padri gereja kakitangan kerajaan dan menghendaki mereka mengangkat sumpah taat setia kepada negara (melalui Perlembagaan Sivil Padri). Lagi pula, [[Republik Perancis Pertama Perancis]] terlibat dengan siri [[Peperangan Revolusi Perancis|peperangan Revolusi]] dengan negara jiran yang berniat menghapuskan revolusi demi mencegah penularannya.
 
Perang saudara yang berlanjutan serta kemasukan tentera asing ke dalam negara menimbulkan krisis politik dan meningkatkan persaingan antara Girondin dengan puak Jacobin yang lebih radikal. Puak yang kedua akhirnya digolongkan dalam kumpulan parlimen yang digelar "Gunung", dan mereka memiliki sokongan penduduk Paris. Kerajaan Perancis menubuhkan [[Jawatankuasa Keselamatan Awam]], bagi membanteras kegiatan anti-revolusi dan memgembangkan angkatan tentera Perancis.
 
Ketua-ketua "Ganas" memiliki kuasa diktator luas melalui [[Tribunal Revolusi]] dan menggunakan kuasa itu untuk mengapikan hukuman mati beramai-ramai dan penyingkiran politik. Penindasan bertambah pesat dalam bulan Jun dan Julai 1794, satu tempoh yang digelar "''la Grande Terreur''" ("Keganasan Besar"), dan berakhir dengan coup d'etat pada 9 Thermidor Tahun II (27 Julai 1794). Ini membawa kepada "tindak balas Thermidor" yang menyaksikan beberapa protagonis Pemerintahan Ganas menjalani hukuman mati, termasuklah Louis de Saint-Just dan [[Maximilien de Robespierre]].
 
== Asal-usul dan sebab-musabab ==