Sebastian Vettel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Infobox
Baris 141:
 
[[File:Sebastian Vettel 2012 Bahrain.jpg|thumb|left|Vettel mendapat kemenangan pertamanya bagi musim 2012 di [[Grand Prix Bahrain 2012|Bahrain]].]]
Vettel mendapat petak pertama di [[Grand Prix Bahrain 2012|Bahrain]] dan berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Di [[Grand Prix Sepanyol 2012|Sepanyol]], beliau berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu kejohanan itu namun hanya dapat menghabiskan perlumbaan di tempat keenam setelah bermula pada petak ketujuh. Di [[Grand Prix Monaco 2012|Monaco]], Vettel memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh kerana tidak mengambil bahagian dalam sesi kelayakan bahagian ketiga dengan alasan untuk menjimat tayar bagi perlumbaan hari berikutnya. Beliau menamatkan perlumbaan pada tempat keempat. Di [[Grand Prix Eropah 2012|Grand Prix Eropah]], beliau mendapat petak pertama yang ke-33 kerjayanya.<ref> http://www.telegraph.co.uk/sport/motorsport/formulaone/9351057/European-Grand-Prix-2012-Sebastian-Vettel-claims-33rd-pole-position-of-career-as-Jenson-Button-woes-continue.html</ref>Namun kegembiraannya tidak bertahan lama selepas pengulang-alik keretanya rosak. Di [[Grand Prix British 2012|Grand Prix British]], Vettel mendapat tempat keempat dalam sesi yang basah dan menghabiskan perlumbaan di petak ke-3, lalu mendapat podium pertamanya selepas [[Grand Prix Bahrain 2012|Grand Prix Bahrain]].<ref>http://www.f1fanatic.co.uk/2012/07/08/2012-british-grand-prix-report/</ref> Di [[Grand Prix Jerman 2012|Jerman]], Vettel mendapat tempat kedua dalam pusingan kelayakan dalam keadaan hujan lebat. DalamDi saat-saat akhir perlumbaan, Vettel memotong [[Jenson Button]] untuk tempat kedua dan berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat kedua. Namun selepas perlumbaan, steward perlumbaan menambah 20 saat kepada klasifikasi beliau kerana memotong Button di luar kawasan yang dibenarkan dan menjatuhkan beliau dari tempat ke-2 hingga ke-5.<ref>http://www.bbc.co.uk/sport/0/formula1/18947482</ref> Beliau kini menduduki tangga ke-3 dalam kejuaraan dunia pemandu dengan 122 mata.
 
===Masa hadapan===