Perbezaan antara semakan "Baju tradisional Melayu"

kemas
k (Membalikkan suntingan oleh 115.133.239.104 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri)
(kemas)
'''Baju tradisional Melayu''' merujuk kepada baju tradisional [[orang Melayu]], terutamanya [[baju Melayu]] dan [[baju kurung]]. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang.
'''Baju Melayu''' yang biasa di pakai di [[Malaysia]] dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.
 
Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat di tempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik.<ref>[http://www.ppas.gov.my/docs/pameranMaya/BAJUKU~1.PPT Baju Kurung Melayu] (PPT) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.</ref>
Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.
 
Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.
 
==Baju Riau==
 
==Baju Kurung==
[[Baju kurung]] dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.<ref>[http://books.google.com.my/books?id=Uo9kAAAAMAAJ&q=baju+kurung+lelaki&dq=baju+kurung+lelaki&hl=en&sa=X&ei=2vzdT5b6OYLKrAeshJjIDQ&ved=0CEcQ6AEwAA Budi kencana: kumpulan makalah memperingati persaraan Profesor Tan Sri Dato' Ismail Hussein, oleh Safiah Karim (Nik.), Siti Hawa Hj. Salleh, Mohd. Yusof Hasan, Ismail Hussein (Datuk), Universiti Malaya. Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1994 - 372 laman]</ref> Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan [[Islam]], sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
 
==Rujukan==
<div class="references-small"> <references /> </div>
 
== Pautan luar ==
* [http://malaysiana.pnm.my/02/0201mel_pengenalan.htm Pakaian Dan Perhiasan : Masyarakat Melayu] Warisan Budaya Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia.
 
[[categoryKategori:Pakaian Melayu| ]]
==Pautan luar==
[[deKategori:BajuOrang Melayu]]
* [http://malaysiana.pnm.my/02/02010102mel_kurungcekmusang.htm Baju cekak musang.]
 
[[category:Pakaian Melayu]]
 
[[de:Baju Melayu]]
[[en:Baju Melayu]]
65,412

suntingan