Lotus F1: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Latar belakang
Baris 21:
'''Lotus F1 Team''' ialah pasukan lumba kereta [[Formula Satu]] yang berpangkalan dari negara [[United Kingdom]]. Pasukan ini bertanding di bawah nama Lotus buat kali pertama pada [[Formula Satu musim 2012|musim 2012]], berikutan pertukaran nama pasukan [[Renault F1|Renault]] yang dahulunya bertapak di Enstone, Oxfordshire. Lotus F1 Team dimiliki oleh Genii Capital.<ref>http://www.crash.net/f1/news/165988/1/boullier_group_lotus_doesnt_own_any_of_renault_f1.html</ref> Pasukan ini dinamakan sempena penjenamaan rakan kongsi mereka, [[Lotus Cars|Lotus Group]].
 
==Latar belakang==
===Lotus dalam Formula Satu===
Team Lotus adalah sebuah syarikat "adik" Lotus Cars, yang bersaing dalam Formula Satu antara tahun 1958 dan 1994, dan memenangi enam gelaran pemandu dan 7 gelaran pengeluar antara tahun 1963 dan 1978. Nama Lotus kembali ke Formula Satu pada tahun 2010 melalui pasukan [[Lotus Racing]] kepunyaan [[Tony Fernandes]], yang menggunakan nama dari lesen Group Lotus. Group Lotus kemudiannya menamatkan lesen tersebut, tetapi Fernandes mengambil alih milik persendirian Team Lotus untuk digunakan pada musim 2012. Untuk musim 2012, Team Lotus menukar nama mereka kepada [[Caterham F1|Caterham F1 Team]], dan membenarkan pasukan [[Renault F1|Lotus Renault GP]] dinamakan semula sebagai Lotus F1 Team.