Perbezaan antara semakan "Alkimia"

1 bait ditambah ,  13 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
(sembunyikan teks bahasa Inggeris)
k
Dalam sejarah [[sains]], '''alkimia''' ([[bahasa Arab]]: الكيمياء, ''al-kimia'') atau '''kimia kuno''' merujuk kepada kedua-dua jenis penyelidikan sains alam dan disiplin falsafah dan rohaniah yang menggabungkan unsur [[kimia]], [[metalurgi]], [[fizik]], [[perubatan]], [[astrologi]], [[semiotik]], [[mistik]], [[spiritualisme]] dan [[seni]] yang digabungkan menjadi suatu daya yang kuat. Alkimia sudah lama diamalkankan di [[Mesopotamia]], [[Mesir Purba]], [[Parsi]], [[India]], [[China]], dalam Greek Lama dan Rom Purba, dalam [[Tamadun Islam]], dan di [[Eropah]] hingga kurun ke-19 dalam jaringan sekolah yang kompleks dan sistem falsafah yang menjangkau kira-kira 2500 tahun.
 
Alkimia Barat sentiasa dikaitkan dengan [[Hermeticism]], satu sistem falsafah dan spiritual yang bertunjangkan [[Hermes Trismegistus]], seorang [[syncretism|syncretic]] dewa Mesir-Greek dan ahli alkimia lagenda. Dua disiplin ini mempengaruhi kelahiran [[Rosicrucianism]], satu penggerak penting [[esotericism|esoteric]] pada kurun ke-17. Dalam zaman moden awal, aliran teras alkimia bertukar menjadi kimia moden.
 
Hari ini disiplin alkimia cuma menarik minat ahli [[sejarah sains]] dan [[sejarah falsafah|falsafah]], dan untuk ciri-ciri aspek [[mistik]], [[esoterik]], dan [[artistik]]nya. Walau bagaimanapun, alkimia merupakan salah satu pelopor utama dalam [[sains]] moden, dan banyak bahan dan proses kimia kuno terus menjadi asas dalam kimia moden dan industri logam.
9

suntingan