Tentera Darat Ke-25 Jepun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
YFdyh-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: en:Twenty-Fifth Army (Japan)
k Tambah pautan dan kemas
Baris 1:
{{Infobox Military Unit
|unit_name= Tentera Darat Kedua Puluh Lima Jepun
|image= [[File:War flag of the Imperial Japanese Army.svg|280px]]
|caption=Bendera perang Empayar Jepun
Baris 13:
|battles=[[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu|Kempen Tanah Melayu (Malaya)]]<br>[[Pertempuran Singapura]]
}}
<!-- Template 'command structure' missingnot working in MS Wiki -->
[[File:JapaneseMarchSgpCity.jpg|thumb|300px|right|Tentera Jepun semasa [[Pertempuran Singapura]]]]
 
Baris 20:
== Sejarah ==
 
Tentera Darat Ke-25 ditubuhkan pada [[5 Julai]] [[1941]] di bawah perintah Markas [[Tentera Imperial Jepun|Tentera Darat Imperial Jepun]]. Pemerintahan ketumbukan ini (bersaiz [[kor]] [[Tentera Darat British]]) kemudiannya dipindahkan kepada [[Tentera Darat Wilayah Ketujuh Jepun]] Jepun di bawah [[Grup Tentera Darat Ekspedisi Selatan]] pada [[6 November]] 1941.
 
=== Kempen Tanah Melayu ===
Baris 26:
{{Main|Penjajahan Jepun di Tanah Melayu}}
 
Kempen Tanah Melayu bermula dengan pelancaran serangan amfibi Tentera Darat Ke-25 Jepun terhadap pantai utara [[British Malaya|Tanah Melayu (Malaya British)]] pada 8 Disember 1941. Diperintah Leftenan Jeneral [[Tomoyuki Yamashita]], pasukan ini mendarat di [[Kota Bharu]] [[Kelantan]] dan mara ke selatan sepanjang pesisir pantai [[Semenanjung Tanah Melayu]]. Gerakan ini dibuat bersamaan pendaratan Jepun di [[Pattani]] dan [[Songkhla|Singora]] di [[Thailand|Siam]]. Dari sana unit-unit Jepun kemudiannya bergerak ke arah selatan bahagian barat semenanjung Tanah Melayu.
 
Tentangan awal diberikan [[Kor Ke-III (India British)|Kor India ke-III]] daripada [[Tentera India British|Tentera Darat India British]] dan beberapa batalion [[Tentera Darat British|tentera British]]. Pihak Jepun dengan pantas memecilkanmemencilkan unit-unit individu India yang mempertahankan kawasan pesisran pantai sebelum mengumpulkan kekuatan mereka, mengepung tentera yang bertahan mereka dan memaksa mereka menyerah diri.
 
Pasukan Jepun memiliki sedikit kelebihan dari segi kelebihan bilangan anggota di utara Tanah Melayu, dan mempunyai kelebihan ketara dari segi [[sokongan udara dekat|bantuan udara jarak dekat]], [[kereta kebal]], kordinasaikordinasi, [[taktik tentera|taktik]] dan pengalaman, dengan tentera Jepun meraih pengalaman dalam [[Perang China-Jepun Kedua]]. Tentera Jepun juga menggunakan infantri berbasikal dan kereta kebal ringan, yang mengupayakan mereka bergerak pantas merentasi bumi yang diselubungi [[hutan hujan tropika]] yang tebal.
 
Berikutan [[Pertempuran Jitra]] pasukan Jepun, dengan dibantu kereta kebal yang bergerak dari selatan Thailand pada [[11 Disember]], terus mara ke arah selatan, mengalahkan anggota tentera dan kedudukan pertahanan British.
 
[[Pulau Pinang]] dibom setiap hari bermula [[8 Disember]] dan ditinggalkan tentera British pada [[17 Disember]]. Kelengkapan ketenteraan seperti senjata dan peluru, bekalan dan sebuah stesen radio yang masih bekerja ditinggalkan secara tergesa-gesa. Orang Eropah dipindahkan dari Pulau Pinang; namun orang tempatan ditinggalkan bagi menghadapi tentera Jepun yang sedang mara ke pulau itu. Tindakan ini menyebabkan perasaan malu di kalangan British dan merenggangkan mereka daripada penduduk tempatan. Pada 19 Disember satu batalion serta satu bateri artileri Jepun mendarat tanpa ditentang di Pulau Pinang.<ref name="warren">Warren, Alan ''Singapore 1942 Britain's Greatest Defeat'' Talisman, 2002 ms 110 ISBN 9810453205</ref>
[[Kuala Lumpur]] jatuh tanpa tentangan ke tangan Jepun pada [[11 Januari]] [[1942]]. [[Divisyen ke-11 India|Divisyen India Ke-11]] berjaya melengahakan kemaraan Jepun buat beberapa hari padadalam [[Pertempuran Kampar]]. Pertempuran ini disusuli pertempuran di Sungai Slim ([[Pertempuran Sungai Slim]]). Pertempuran ini merupakan satu malapetaka bagi pihak British, dengan kebinasaan dua briged India.
 
[[File:JapaneseBicycle001.jpg|thumb|Pameran [[Muzium Negara]] Malaysia menunjukkan pakaian seragam tentera Jepun dan basikal yang digunakan.]]
 
Unit-unit Tentera Darat Ke-25 Jepun tiba di [[Johor]] pada pada pertengahan Januari 1942 dan pada 4 Januari mereka bertempur buat kali pertama dengan [[Divisyen Ke-8 (Australia)|Divisyen Australia Ke-8 ]] yang diperintah [[Mejar Jeneral]] [[Henry Gordon Bennett|Gordon Bennett]]. Pihak Jepun mengalami hambatan besar pertama apabila tentera Australia menentang mereka dengan kuat di [[Gemas]]. Pertempuran tersebut berpusat di Jambatan GemensahGemencheh (Gemenceh) dan merugikan pihak Jepun yang mengalami 600 orang korban. Namun, jambatan GemensahGemencheh, yang telah diletupkan demi menghindar kemaraan Jepun, dapat dibina semula dalam masa enam jam oleh tentera Jepun.
 
Pada 27 Januari 1942, panglima [[Malaya Command]] Leftenan Jeneral [[Arthur Ernest Percival|AE Percival]] mengarahkan pasukan British dan Komanwel meninggalkan semenanjung Tanah Melayu dan berundur ke [[Singapura]].
 
Yamashita dan Tentera Darat Ke-25 meneruskan serangan terhadap Singapura dari Johor. [[Tambak Johor]] telah diletupkan sejurus selepas pengunduran British dari semenanjung Tanah Melayu pada 27 Januari, namun Yamashita meneruskan serangan dengan mendaratkan tenteranya di pantai barat laut Singapura. Dengan bantuan udara, yang mengebom Singapura setiap hari sebelum mereka sampai di pantai Johor lagi,<ref>Alan Warren, ''Singapore 1942, Britain's Greatest Defeat'' Talisman, 2002Alan ms 203</ref> Tentera Darat Ke-25 berjaya menawan Singapura. Yamashita sendiri menerima dokumen serah kalah British daripada Percival di Dewan Bandaran Singapura pada 15 Februari 1942.
 
Berikutan penaklukan Tanah Melayu dan Singapura, Tentera Darat Ke-25 bertindak sebagai tentera garison wilayah yang ditakluk. Pada tahun 1945, semasa keadaan menjadi genting bagi tentera Jepun, Tentera Darat Ke-25 diletakkan di bawah perintah Tentera Darat Wilayah Tujuh Jepun, dengan pemindahan markasnya ke [[Bukittinggi]] di kawasan tinggi [[Sumatra]] sehinggalah Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.
Baris 69:
 
== Rujukan ==
*{{cite book
| last = Warren
| first = Alan
| year = 2005
| title = Singapore 1942 Britain's Greatest Defeat
| publisher = Talisman
| location =
| isbn = 9810453205
}}
*{{cite book
| last = Thompson