Penjajahan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 15:
{{main|Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu}}
 
Jepun mendarat di [[Pantai Padang Pak Amat]] sejurus selepas tengah malam [[8 Disember]] [[1941]], dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera [[India]] [[British]] dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya [[Serangan Pearl Harbor|Serangan ke atas Pelabuhan Pearl]]. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan [[Perang Pasifik]] serta merupakan permulaan [[sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu]]. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang [[Kota Bharu]]. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, [[Hong Kong]] dan [[Pelabuhan Pearl Harbor]] ('Pelabuhan Pearl') melalui udara.
 
[[Fail:Yamashita.jpg|150px|thumb|right|<small>Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun</small>]]
[[Fail:Arthur Percival.jpg|150px|thumb|right|<small>Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu</small>]]
[[Fail:Lockheed Hudson V.jpg|thumb|right|350px|Lockheed Hudson Mk V]]
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang [[Sungai Petani]], [[Pengkalan Udara Butterworth|Butterworth]] dan [[Alor Star]] pada [[9 Disember]] [[1941]]. Pada 10 Disember 1941, [[kapal tempur]] [[HMS Prince of Wales]] dan [[HMS Repulse]] bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di [[Kuantan]]. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran [[Tentera Laut British]] dihapuskan dalam masa yang singkat.
Baris 24:
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke [[Kuantan]], dan satu lagi ke selatan menuju [[Sungai Perak]]. Pada [[11 Disember]] [[1941]], pihak Jepun mulai mengebom [[Pulau Pinang]].
 
[[Jitra]] jatuh ke dalam tangan Jepun pada [[12 Disember]] [[1941]], dan kemudiannya [[Alor Star]] pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada [[16 Disember]] [[1941]], pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang samakeesokannya.
 
== Kemasukan tentera Jepun dari Siam ==