Doraemon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alifmimyanun (bincang | sumb.)
Alifmimyanun (bincang | sumb.)
Baris 121:
===Watak utama===
*'''[[Doraemon]]''' (ドラえもん)
: [[Doraemon]] merupakan seekor kucing robot, yang menjadi pembimbing dan pembantu [[Nobita]]. Dia dihantar ke masa kini oleh keturunan Nobita pada abad ke-22, [[Sewashi]]. Doraemon dihasilkan di kilang robot pada [[3 September]] 2112. Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimusnahkan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap [[tikus]], meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah ''[[dorayaki]]'', sejenis kuih [[Jepun]] berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", ''dora neko'', dan bahagian ''emon'' yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama ''Horiemon''. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, dengan tangan dan kaki berwarna putih, ekor merah. Berat badannya 129.3kg dan berketinggian 129.3cm. Doraemon mempunyai kocek 4-dimensi, semacam tempat menyimpan barang yang tiada had ruang yang selalu Doraemon gunakan untuk mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan membantu Nobita.
 
*'''[[Nobita Nobi]]''' ({{lang|ja|野比 のび太}} ''Nobi Nobita'')