Penjajahan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k →‎Pertahanan Johor: Tambah pautan
Baris 57:
 
== 19 Disember 1941 - 31 Januari 1942 ==
Pada [[23 Disember]] Mejar Jeneral [[David Murray-Lyon|Murray-Lyon]] dari [[Divisyen ke-11 India|Divisyen Infantri Ke-11 India]] ditukarkan dari bertugas tanpa memberi apa-apa kesan. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ketanganke tangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara rasminya menandatangani Persefahaman Persahabatan (''Treaty of Friendship'') dengan kerajaan Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar. Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan mereka terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu mengukuhkan pendudukan mereka.
 
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan [[Ipoh]] pada [[26 Disember]]. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam [[Pertempuran Kampar]] berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara [[30 Disember]] [[1941]] sehingga [[2 Januari]] [[1942]], sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada [[7 Januari]] [[1942]], dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam [[Pertempuran Slim River]] yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke [[Kuala Lumpur]], ibu negara Tanah Melayu. Pada [[9 Januari]], kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara [[Johor]], dan meninggalkan Kuala Lumpur. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka seterusnya, bandar [[Kuala Lumpur]]. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur tanpa ditentang pada [[11 Januari]] [[1942]]. Pulau Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun.