Pertempuran Jambatan Gemencheh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Tambah pautan kpd rencana baharu
Baris 5:
'''Pertempuran Jambatan Gemencheh''' adalah satu pertempuran di antara askar-askar [[Australia]] dengan askar [[Jepun]] semasa [[Perang Dunia II]]. Semasa [[Pertempuran Malaya]], satu pertempuran sengit telah berlaku di antara pasukan Tentera Australia dari batalion 2/30 Infantri Australia dari Divisyen Ke-8 Australia dan pasukan tentera Jepun di jambatan [[Gemencheh]] berhampiran [[Gemas]]. Pertempuran ini adalah pertama kalinya askar [[Australia]] bertembung dengan askar-askar Jepun.
 
Askar-askar dari Batalion 2/30 Infantri dari [[Divisyen Ke-8 (Australia|Divisyen ke-8 Australia]], [[Tentera Imperial Australia]] dihantar untuk menentang kemaraan askar-askar Jepun dari arah [[Kuala Lumpur]]. Batalion 2/30 infantri Australia di bawah pemerintahan Leftenan Kolonel [[Frederick Gallagher Galleghan|"Black Jack" Galleghan]]
 
Leftenan Kolonel [[Frederick Gallagher Galleghan|"Black Jack" Galleghan]] memilih untuk menyerang hendap pasukan Jepun di Jambatan [[Gemencheh]] yang menghubungkan bandar [[Gemas]] dan [[Tampin]]. Pasukan Jepun telah mara melewati [[Tampin]] dan perlu menyeberangi jambatan tersebut untuk sampai ke [[Gemas]].
Baris 13:
Dalam pertempuran ini, Batalion 2/30 Infantri mengalami korban perang seramai 81 orang anggota yang terkorban, cedera ataupun hilang, sementara kemalangan di pihak Divisyen ke-5 Infantri Jepun dianggarkan 1,000 orang. Satu tanda peringatan didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh di Laluan 1 untuk memperingati mereka yang gugur.
 
Empat hari kemudian, satu lagi pertembungan di antara askar Australia dan askar Jepun berlaku di [[Pertempuran Parit Sulong|Parit Sulong]]. Dalam pertempuran itu, askar [[Divisyen Ke-8 (Australia)|Australia]] terkepung dan dikalahkan. Mereka yang tercedera telah dibunuh dalam kejadian [[pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong]]. Hari ini Jambatan Gemencheh dikenali sebagai Jambatan [[Sungai Kelamah]].
 
==Selepas perang ==
Jambatan kayu ini telah dirobohkan dan satu jambatan konkrit lebuh raya Laluan 1 (Route 1) telah didirikan beberapa meter darinya yang menyambungkan Tampin dengan Gemas, [[Negeri Sembilan]].
 
Papan tanda yang didirikan oleh kementerian pelancongan meletakkan tariktarikh yang salah 1941 dan ejaan Australia yang salah.
 
Pada tahun 1979, bekas-bekas tentera Australia telah meletakkan tanda peringatan yang berbunyi:-
:"Sebagai ingatan kepada ahli 2/30th Infantry Battalion AIF dan unit sokongan yang bertempur dengan Pasukan Imperial Jepun di tapak ini pada 14 Jan dan 15 Jan 1942. Mereka kekal dalam kenangan." ("In memory of the men of the 2/30th Infantry Battalion AIF and supporting units who fought the Japanese Imperial Forces at this site on Jan 14 and Jan 15, 1942. They will be remembered.")