Penjajahan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k →‎Kemasukan tentera Jepun dari Siam: Tambah pautan dan kemas
Baris 29:
Pihak Jepun telahpun mengugut kerajaan Thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera Thai bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, selepas bertempur dengan tentera Thai selama lapan jam dalam [[Pertempuran Prachuab Khirikhan]] pada awal pagi. Thailand kemudiannya akan terlibat dalam [[Sejarah Thailand (1932-1973)|perikatan tentera rasmi dengan Jepun]] untuk terus menyerang Tanah Melayu. Bagi pasukan yang mempertahankan koloni, terdiri daripada tentera [[United Kingdom|British]], [[Australia]] dan [[India]], Pertempuran Tanah Melayu merupakan kempen yang membawa bencana.
 
[[Divisyen Ke-5 (Tentera Imperial Jepun)|Divisyen Ke-5]] tentera Jepun yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.
 
Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh [[Kor Ke-III (India British)|Kor Ke-III India]] daripada [[Tentera India British|Tentera India]] dan beberapa batalion [[tentera British]]. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke [[Kuantan]], dan satu lagi ke selatan menuju kearah [[Sungai Perak]].