Sultan Umar bin Raja Sakti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JackieBot (bincang | sumb.)
k Fix URL prefix
Baris 1:
'''Sultan Umar bin Raja Sakti''' adalah seorang daripada 4 orang putera [[Raja Sakti]] yang memerintah Jembal, Kelantan pada abad ke-17.
 
Baginda dilantik sebagai raja Jembal selepas kemangkatan kekandanya [[Raja Bahar bin Raja Sakti|Raja Bahar]] pada 1675<ref>{{cite web |url=http://http://kelantan.muzium.net/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=56&Itemid=82|title=Sejarah Kelantan Sepintas Lalu (Bahagaian II)|accessdate=3 Jun 2011 |year=2007 |work=Sejarah Kelantan|publisher=Perbadanan Muzium Negeri Kelantan}}</ref>. Pada tahun itulah baginda mulaï dikenal sebagai [[Sultan Umar bin Raja Sakti|Sultan Umar]].<ref>Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). ''Detik2 Sejarah Kelantan''. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.</ref> Sebelum itu, baginda dilantik menjadi Temenggung oleh ayahanda baginda, [[Raja Sakti]] I.<ref>Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). ''Raja Bersiong Puteri Saadong''. Kota Bharu: Jalar Mihat. ISBN 983-2098-89-0</ref>
 
Kerajaan [[Jembal]] kembali masyhur di bawah pemerintahan baginda. Baginda memerintah seluruh Negeri Kelantan.Semasa pemerintahan baginda, banyak kemajuan telah dicapai. Antara kemajuan yang telah dibuat oleh baginda termasuklah membuka kawasan tanaman padi yang luas dinamakan Padang Jembal, yang terletak di kawasan Bachok.Baginda mengadakan lawatan ke seluruh kawasan dan jajahan takluk Kelantan. Baginda juga telah mengadakan perhubungan dengan kerajaan-kerajaan luar seperti Kerajaan [[Pattani]], [[China]],[[ Jawa]] dan negeri-negeri jiran seperti [[Terengganu]].