Henry Gordon Bennett: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Laman baru: thumb|right|200px|Henry Gordon Bennett (1887 - 1962) '''HENRY GORDON BENNETT''', (1887-1962), adalah seorang pegawai tentera yang menjadi panglima kepada pa...
 
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
 
Sebaliknya, paras baran dan kecenderungannya bertindak tanpa menunggu arahan markas [[Divisyen]] menyebabkan [[Mejar Jeneral]] (Sir) [[William Glasgow]] membuat catatan bahawa “Bennett itu perosak ('Bennett is a pest!)”. [[C. E. W. Bean]] ingat akan tabiat Bennett yang suka berdendam, iri hati, suka mengkritik pegawai atasan dan pertengkaran sesama pegawai yang lain.
 
==Tahun-Tahun Antara Perang==
 
Selepas kembali ke Australia, tauliahnya dengan Pasukan [[Tentera Imperial Australia]] (Australian Imperial Force) ditamatkan pada [[31 Ogos]] [[1919]]. Dia bekerja sebagai pengeluar pakaian dan akauntan awam di [[Sydney]]. Dalam tahun 1922, dia dijadikan Pengerusi Lembaga Ganti Rugi Negeri (''State Repatriation Board'') dan dalam bulan Oktober [[1928]], menjadi salah seorang daripada 3 orang Pesuruhjaya yang menguruskan [[bandar raya]] [[Sydney]].
 
Bennett ketrampilan dalam Liga Australia mulai tahun 1931 dan menjadi ahli Liga Pertahanan Australia. Bennett mempengerusikan Dewan Pengusaha New South Wales (1931-33), Gabungan Dewan Pengusaha Australia (1933-34) dan beberapa badan profesional yang lain.
Dalam masa yang sama, Bennett mengekalkan tauliahnya dalam pasukan sukarelawan tentera. Dari tahun 1921 hingga 1926, Bennett menjadi Panglima [[Briged]] Ke-9 Infantri. Pada [[1 Ogos]], [[1939]], Bennett dilantik menjadi Mejar Jeneral dan menjadi Panglima [[Divisyen]] Kedua (1926 hingga 1932). Seperti ramai pegawai-pegawai sukarelawan tentera, Bennett bencikan pengaruh pegawai-pegawai khidmat tetap [[Tentera Australia]]. Kebencian Bennett kepada pegawai-pegawai khidmat tetap memuncak dalam dua dekad bila mana [[Australia]] mengecapi keamanan. Dalam tahun 1937, Bennett menulis artikel mengenai Dasar Pertahanan [[Australia]] yang memberikan kecaman hebat ke atas Kor Pegawai Tetap [[Tentera Australia]], mengakibatkan Bennett dicemuh dan dikenakan tindakan disiplin.
 
==[[Perang Dunia II]]==