The Star (Malaysia): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
 
Terdapat dua buah premis pencetakan utama yang menerbitkan keempat-empat edisi ''The Star'' setiap hari. Edisi-edisi utara dicetak di Star Northern Hub di [[Bayan Lepas]], Pulau Pinang, manakala edisi-edisi lain itu dicetak di Star Media Hub di [[Bukit Jelutong]], [[Shah Alam]], [[Selangor]].
 
==Ciri-ciri==
''The Star'' dipakejkan sebagai akhbar 3-dalam-1, merangkumi Main Paper, '''StarBiz''' (dahulunya '''The Star Business''') dan '''StarTwo''' (dahulunya '''Section Two''').
 
Main Paper merangkumi berita tempatan dan antarabangsa terkini manakala '''StarBiz''' menawarkan liputan menyeluruh perkembangan dunia niaga, trend pasaran, laporan kewangan dan kemaskini pasaran saham. '''StarTwo''' bercirikan rencana gaya hidup, hiburan, kesihatan, penjagaan anak, peradaban sosial, sains, alam sekitar, fesyen, makanan dan banyak lagi.
 
Seksyen mingguan termasuk:
*'''Star Maritime''' (setiap Isnin) – meliputi industri perkapalan dan perdagangan laut
*'''Star-In.Tech''' (Selasa dan Khamis) – menumpu kepada komputer dan [[teknologi maklumat]]
*'''Youth 2''' (Khamis) – gaya hidup dan trend terkini remaja
*'''StarWeekend''' – menggantikan StarTwo setiap hari Sabtu, menawarkan rencana hobi, percutian, istirahat dan kegiatan hujung minggu.
*'''The Star BizWeek''' – majalah kewangan mingguan yang diterbit setiap Sabtu, menekankan hal-ehwal niaga, syarikat, personaliti, perkembangan, dan saham yang dijangka mengegarkan pasaran pada minggu akan datang.
 
==Kolumnis==
Antara kolumnis utama yang bekerja di The Star adalah [[Marina binti Mahathir]](anak sulung bekas [[Perdana Menteri Malaysia]] [[Datuk Seri Doktor Mahathir bin Mohamad]]) yang mengendali sudut ''Musings'' yang muncul sekali dlaam dua minggu, serta [[Wong Chun Wai]], Naib Editor akhbar ini, yang mengendali sudut Ahad bertajuk "On The Beat."
 
==mStar==