Kayu hitung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Kayu hitung''' merupakan sejenis alat pembantu ingatan kuno yang bertujuan mencatatkan dan menyuratkan nombor, bilangan atau surat. Kayu hitung digunakan...'
 
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 15:
===Kayu hitung belah===
Kayu hitung belah merupakan ciptaan yang menjadi laris di Eropah pada Zaman Pertengahan yang masyarakat jelatanya miskin dan buta huruf, dengan tujuan merakam pertukaran dan perhutangan dwihala, yang mana sebatang kayu (terutama sekali kayu hazel bersegi) ditandai dengan serantaian takuk lalun dibelah secara memanjang, supaya kedua-dua belahnya terakam takuk yang sama dan setiap pihak dalam urusniaga menerima separuh kayu yang bertanda ini sebagai bukti.
 
 
Dari masa ke semasa, ciptaan ini diperhalus dalam pelbagai cara supaya kalis lancung. Antaranya adalah membuat kedua-dua belah kayu terbabit tidak sekata panjangnya. Belahan yang lebih panjang, iaitu ''stock'' dipegang oleh pembayar, sementara belahan yang lebih pendek, iaitu ''foil'' disimpan oleh penerima. Dengan ini, setiap pihak memperoleh rekod urusniaga yang mudah dicam.
 
 
 
Ketidaksekataan yang semula jadi pada permukaan bekas belahan kayu hitung memastikan hanya pasangan yang asli boleh bercantum semula genap-genap, sekaligus menentusahkan satu urusniaga yang sama. Jika sebelah pihak cuba menokok nambah takuk pada menukar nilai pada belahannya untuk kepentingan diri, maka takuk-takuk itu tidak sepadan dengan sebelah lagi kayu, sekaligus didapati sebagai cubaan pemalsuan.
 
 
 
Kayu hitung diterima sebagai bahan bukti yang sah di makhamah Zaman Pertengahan. [[Kod Napoleon]] (1804) masih menyebut akan kayu hitung dalam Perkara 1333. Kayu hitung masih digunakan oleh masyarakat desa sepanjang [[Sungai Danube]] dan di [[Switzerland]] sehingga abad ke-20.