Henry Gordon Bennett: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
==[[Perang Dunia II]]==
 
Apabila [[Perang Dunia II]] meletus, hanya Sir [[Brudenell White]] dan Sir [[William Glasgow]] sahaja yang lebih kanan daripada Bennett. Bennett yakin jikalau ada pasukan Australia di hantar untuk perkhidmatan perang di seberang laut, dia mesti dipilih untuk memimpin pasukan itu. Tetapi, [[Mejar Jeneral]] Sir [[Thomas Blamey]] telah dipilih untuk memimpin Divisyen ke-6 Australia (setelah itu pasukan Australia itu dibesarkan dan ditukarkan menjadi Pasukan Imperial Australia (AIF) dan [[Thomas Blamey|Blamey]] dijadikan Panglima Tertinggi AIF. Bennett naik berang dengan perlantikan itu. Tambahan pula [[Thomas Blamey|Blamey]] memang bermusuh dan pernah berselisih sebelum itu.
 
Bennett dan penyokongnya mendakwa perlantikan [[Thomas Blamey|Blamey]] adalah sebagai hukuman ke atas Bennett dan sebagai dendam ahli-ahli politik dan tentera kerana kritikan Bennett sebelum itu. Sebaliknya, kepimpinan politik dan ketenteraan Australia melihat perlantikan Bennett kurang sesuai kerana Panglima Tertinggi Pasukan Imperial Australia (AIF) perlu mempunyai ciri-ciri seorang diplomat dan perlu bertolak ansur, ciri-ciri yang jelas tidak dipunyai oleh Bennett. Tambahan pula Panglima itu perlu bekerjasama dan perlu berkhidmat di bawah pemerintahan Panglima British. Bennett pula memang bencikan pegawai-pegawai British.
 
Keadaan bertambah buruk bagi Bennett. Apabila [[Divisyen ke-7 Australia]], [[Divisyen ke-8 Australia]] dan[[Divisyen ke-9 Australia]] ditubuhkan, Bennett tidak dilantik sebagai Panglima pasukan-pasukan itu. Sebaliknya, pegawai-pegawai yang lebih muda dijadikan panglima. Bennettt merengkuk di Markas Gerakan Wilayah Timur Australia sehingga bulan Ogos 1940 apabila kematian mengejut Jeneral [[Brudenell White|White]], Ketua Turus Angkatan [[Tentera Australia]]. Sir Vernon Sturdee dilantik menggantikan [[Brudenell White|White]], dan mencadangkan Bennett dilantik untuk menggantikannya sebagai Panglima [[Divisyen ke-8 Australia]] pada 24 September 1940.
 
Perasaan malu ketika dalam tahun pertama perang ditambahkan dorongan cita-cita Bennett untuk mencapai pangkat lebih tinggi dan mengatasi pencapaian [[Thomas Blamey|Blamey]] menyebabkan Bennett menerima perlantikan itu.
 
== [[Semenanjung Tanah Melayu]] ==
 
Dalam bulan Februari 1941, Bennett terbang ke [[Semenanjung Tanah Melayu]] untuk menubuhkan markas pemerintahnya. Dia hanya diberikan dua daripada 3 briged yang sepatutnya, kerana satu briged lagi ditugaskan di medan lain. Hubungan Bennett dengan pegawai-pegawai kanan di [[Markas Gerakan Tanah Melayu]] tidak baik. Bennett tidak mempunyai hubungan baik dengan Lt. Jen. [[A. E. Percival]], [[Lewis Heath|Heath]] (Panglima III Kor India) dan lain-lain pegawai kanan.
 
Bennett juga tidak mempunyai hubungan baik dengan pegawai atasannya di Australia hinggakan pada satu ketika cuba menyebabkan Bennett disingkirkan daripada pemerintahannya dengan alasan kesihatan yang tidak baik. Kebencian Bennett terhadap pegawai-pegawai khidmat tetap menjadi-jadi dan paling memuncak apabila berurusan dengan Brigedier [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] yang menjadi Panglima [[22 Briged Australia]]. [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] adalah bekas pegawai Pasukan Tentera Rakyat yang diserap menyertai perkhidmatan tetap.
Bennett menggunakan masa yang ada untuk menjalankan persediaan latihan untuk askar-askar Australia, khususnya untuk membiasakan mereka dengan iklim [[Semenanjung Tanah Melayu]]. Bennett dikatakan memaksa latihan keras untuk askar-askar Australia, dan mempercayai latihan yang diadakan menjadikan askar-askar [[Australia]] lebih baik daripada askar [[India]] mahupun askar-askar [[British]].
 
==[[Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu|Serangan Jepun]]==
 
Apabila Jepun melancarkan [[Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu|serangan]] ke atas [[Semenanjung Tanah Melayu]] pada [[8 Disember]] [[1941]], Divisyen ke-8 Australia tidak termasuk dalam perancangan awal oleh [[A. E. Percival|Percival]] untuk menyekat kemaraan pasukan Tentera Jepun. Tugas menyekat kemaraan Tentera Jepun diberikan kepada [[III Kor India]] yang dipimpin oleh Lt. Jen. [[Lewis Heath|Heath]]. Sebaliknya Divisyen ke-8 Australia ditugaskan dengan kawalan keselamatan negeri [[Johor]].
 
Pasukan tentera yang dipertanggungjawabkan menahan kemaraan askar Jepun tidak berdaya menyekat kemaraan askar-askar Jepun. Pertempuran Jitra melihat barisan pertahanan [[Divisyen ke-11 Infantry India]] bolos dengan mudah. [[Pertempuran di Kampar]] pada mulanya menunjukkan bibit kejayaan kepada Tentera British tetapi ketangkasan askar Jepun membolehkan mereka melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke [[Slim River]]. Tentera British juga gagal menahan Tentera Jepun semasa [[Pertempuran di Slim River]].
Apabila [[Archibald Wavell|Wavell]] dilantik menjadi Panglima Tertinggi [[ABDA]], Bennett memberitahu [[Archibald Wavell|Wavell]] kelemahan-kelemahan kepimpinan [[A. E. Percival]] dan [[Lewis Heath|Heath]]. [[Archibald Wavell|Wavell]] pula kagum dengan Bennett dan mengarahkan [[A. E. Percival|Percival]] memberikan pemerintahan medan kepada Bennett.
 
Apabila Tentera Jepun menghampiri [[Negri Sembilan]], [[A. E. Percival|Percival]] memberikan kepada Bennett pemerintahan pasukan digelarkan Westforce terdiri dari [[Divisyen ke-11 India]] dan Divisyen ke-8 Australia. Bennett kini bertanggungjawab untuk pertahanan wilayah Barat Laut Johor.
Bennett yakin Westforce akan berupaya menyekat kemaraan Tentera Jepun tetapi jangkaan beliau tidak menjadi. Pada awalnya, pasukan askar Australia mencapai kejayaan baik semasa [[Pertempuran Jambatan Gemencheh|serang hendap]] pimpinan [[Frederick Gallagher Galleghan|”Black Jack” Galleghan]] ke atas pasukan Jepun di [[Gemas]]. Selepas itu, Westforce tewas dalam setiap pertempuran dengan Tentera Jepun termasuklah [[Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong|pertempuran di Batu Pahat]].
 
Bennett bertengkar dengan Panglima-Panglima British apabila menyalahkan mereka untuk kekalahan di [[Batu Pahat]] kerana pasukan British yang ditugaskan untuk pergi memberikan bantuan kepada pasukan [[Australia]] di Bakri dan Batu Pahat tidak berbuat demikian. Pada [[31 Januari]] [[1942]], kesemua pasukan Tentera British dan Australia telah selesai berundur ke [[Singapura]].
 
'''{{main|Garis Masa Kempen Penaklukan Jepun Di Tanah Melayu Februari 1942}}'''
 
Apabila Jepun melancarkan [[Pertempuran Singapura|serangan ke atas [[Singapura]]]] pada [[8 Februari]] [[1942]], masalah Bennett dengan Brig. [[Harold Burfield Taylor|Taylor]], Panglima [[22 Briged Australia]] memuncak dan tidak boleh dibendung lagi. Pada [[9 Februari]] [[1942]] [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] mengarahkan [[22 Briged Australia]] berundur dari garisan pertahanan Jurong-Kranji kerana diserang hebat oleh pasukan Jepun. Pada 10 Februari 1942 pula, [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] tersalah tafsir arahan [[A. E. Percival|Percival]] yang dihantar melalui markas Bennett, menyebabkan pengunduran besar-besaran pasukan British ke barisan pertahanan baru.
 
Apabila [[Harold Burfield Taylor|Taylor]] melepaskan sementara pemerintahan [[22 Briged Australia]] kepada Lt. Kol [[A. L. Varley]] kerana kesihatannya terganggu ([[Harold Burfield Taylor|Taylor]] terus pengsan selepas melepaskan pemerintahan [[22 Briged Australia]]), Bennett naik radang dan melantik [[A. L. Varley]] untuk menggantikan ([[Harold Burfield Taylor|Taylor]] sebagai Panglima [[22 Briged Australia]]. Dalam kemelut perang, Bennett berusaha untuk menghantar pulang ([[Harold Burfield Taylor|Taylor]] ke Australia (untuk memalukan ([[Harold Burfield Taylor|Taylor]]).
 
Apabila keadaan menekan dan kemungkinan besar akan kalah, [[A. E. Percival|Percival]] mendapati Bennett tidak lagi ghairah memerintah. Bennett menasihatkan [[A. E. Percival|Percival]] untuk menyerah kalah. Tetapi Bennett sendiri tidak menyerah kalah. Dia menyerahkan pemerintahan [[Tentera Australia]] kepada Brigedier Jeneral [[C. A. Callaghan]] dan memerintahkan setiap anggota [[Tentera Australia]] diberikan pakaian baru dan rangsum untuk dua hari dan menyerah kalah. Bennett sendiri bersama [[batman]]nya dan seorang pegawai lain merampas sebuah [[sampan]] dan melarikan diri ke Sumatra sebelum mendapatkan pengangkutan ke [[Australia]].
 
==Akhir Hayat==
Baris 32 ⟶ 65:
Selepas [[Perang Dunia II]], Bennett menjadi seorang pekebun buah-buahan di Glenorie, berhampiran [[Sydney]] sehingga tahun 1955. Minatnya kepada bidang ketenteraan berterusan. Bennett menulis banyak artikel ketenteraan meliputi pelbagai bidang, termasuklah kelebihan sebuah pasukan tentera rakyat.
 
Bennett meninggal dunia pada [[1 Ogos]] [[1962]] di Dural. Mayatnya dibakar mengikut amalan fahaman Gereja Anglican. Potret Bennett oleh James Quinn kini disimpan di [[Muzium Perang Australia]] di [[Canberra]]
 
==Rujukan==