Dipuji Dalam Perutusan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
'''Dipuji Dalam Laporan''' ''([[Bahasa Inggeris]]:Mentioned in Despatches)'' adalah satu anugerah keberanian ataupun untuk lain-lain khidmat terpuji. Anugerah ini kerap kali diberikan dan tidak melibatkan pemberian [[pingat]] secara hakiki, dan dengan itu dilihat rendah dalam senarai keutamaan anugerah keberanian.
 
[[Laporan]] adalah satu makluman rasmi yang diberikan oleh pegawai kanan sesuatu angkatan bersenjata, khususnya angkatan [[Tentera Darat]] kepada pegawai-pegawai atasannya di mana beliau memperincikan perlaksanaan operasi ketenteraan yang dijalankan oleh pasukan beliau. Dalam perkhidmatan angkatan bersenjata British, laporan ini diterbitkan dalam [[London Gazette]]. Jikalau seorang pegawai muda ataupun anggota tentera melakukan satu tindakan yang perlu diambil maklum dan perlakuan tindakan itu dimasukkan di dalam laporan rasmi pegawainya, dia dikatakan telah “dipuji dalam laporan”.
 
Di kalangan negara-negara [[Komanwel]], askar-askar yang dipuji dalam laporan diberikan satu sijil yang memperakukan tindakannya dan dia diberikan hak untuk memakai serumpun dedaun pokok oak (oak leaf cluster) yang diperbuat daripada gangsa di atas riben kempen yang diberikan kepada askar yang berkhidmat dalam sesuatu konflik. Jikalau anggota tersebut tidak mempunyai pingat kempen yang dianugerahkan, rumpun dedaun oak itu dipakai di atas poket kiri uniform.