Kuala Berang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jufert (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Jufert (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kuala Berang''' dipercayai penempatan manusia terawal di [[Terengganu]].Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar [[tasik kenyir]]. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan [[Batu Bersurat]] telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke [[Tanah Melayu]]. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa [[Sungai Terengganu]] airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hinggalah ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah ramai mengislamkan penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama [[Buddha]]. Dari situ, [[Islam]] telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat.
 
{{Terengganu}}
 
{{Malaysia}}
 
[[Kategori: Bandar di Terengganu]]