Timo Glock: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Infobox
Baris 47:
Pasukan itu telah dinamakan semula sebagai [[Marussia F1]] bagi musim 2012 dan dia akan berpasukan dengan rookie [[Perancis]], [[Charles Pic]].<ref>http://adamcooperf1.com/2011/11/03/caterham-lotus-and-marussia-name-changes-approved/</ref> Marussia terpaksa menarik diri daripada ujian pra-musim selepas gagal dalam ujian kemalangan untuk impak belakang tetapi akhirnya mereka lulus dan membenarkan Glock untuk bersaing.
 
Glock memulakan musim 2012 dengan kukuh dengan mendapat tempat ke-14 di [[Grand Prix Australia 2012|Australia]]. Glock mendapat tempat ke-17 di [[Grand Prix Malaysia 2012|Malaysia]], dan kemudian mendapat tempat ke-19 berturut-turut di [[Grand Prix China 2012|China]] dan [[Grand Prix Bahrain 2012|Bahrain]]. Beliau mendapat tempat ke-18 di [[Grand Prix Sepanyol 2010|Grand Prix Sepanyol]], dan mendapat tempat ke-14 sekali lagi di [[Grand Prix Monaco 2012|Monaco]], dan bersara daripada perlumbaan [[Grand Prix Kanada 2012|Grand Prix Kanada]] kerana kerosakan brek. Glock menarik diri dari [[Grand Prix Eropah 2012|Grand Prix Eropah]] selepas mengalami sakit perut.<ref>http://www.formula1.com/news/headlines/2012/6/13496.html</ref> Walaubagaimanapun, beliau kembali untuk berlumba di [[Grand Prix British 2012|Grand Prix British]], di mana beliau mendapat tempat ke-18, dan diikuti dengan tempat ke-22 di [[Grand Prix Jerman 2012|Grand Prix Jerman]]. Dilaporkan di [[Grand Prix Hungary 2012|Grand Prix Hungary]] bahawa terdapat persengketaan antara Glock dan rakan sepasukannya selepas Pic menghalang Glock semasa pusingan kelayakan.<ref>http://www.inautonews.com/teammate-feud-brewing-at-marussia-report</ref> Glock menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 selepas bertarung dengan [[Michael Schumacher]] dan [[Pedro de la Rosa]]. Glock mendapat tempat ke-15 di [[Grand Prix Belgium 2012|Spa]] selepas berlanggar dengan [[Pastor Maldonado]]. Kereta beliau tidak mengalami sebarang kerosakan dan beliau menamatkan perlumbaan di hadapan Pic selepas berjaya memotongnya pada saat-saat akhir perlumbaan.
 
==Rekod perlumbaan==