Kapitalisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
 
== Asal ==
=== Kapitalisme dalam dunia umat Islam ===
 
Asas asal kapitalisme dan pasaran bebas boleh dijejak kembali pada [[Zaman Keemasan Islam]] dan [[Revolusi Pertanian Islam]],<ref>''The Cambridge economic history of Europe'', hal. 437. [[Cambridge University Press]], ISBN 0-521-08709-0.</ref> di mana ekonomi pasaran pertama dan bentuk awal kapitalisme perdagangan mula berakar di antara kurun ke-8 dan ke-12. Sesetengah sarjana merujuknya kepada “Kapitalisme Islam”.<ref>Subhi Y. Labib (1969), "Capitalism in Medieval Islam", ''The Journal of Economic History'' '''29''' (1), hal. 79–96 [81, 83, 85, 90, 93, 96].</ref> Orang Islam telah mewujudkan satu sistem ekonomi monetari dengan mengembangkan sistem pengedaran mata wang bernilai tinggi yang stabil (seperti [[dinar]]) dan menyepadukan bidang monetari yang dulunya bebas. Sementara itu teknik baru perniagaan dan bentuk organisasi yang inovatif diperkenalkan oleh pakar ekonomi, pedagang dan peniaga pada masa itu. Di antara inovasi ini termasuk syarikat dagang, perniagaan yang besar, kontrak, pertukaran bil, perdagangan antarabangsa jarak jauh, perkongsian (mufawada) seperti [[mudharabah]], dan bentuk awal hutang kredit, keuntungan, kerugian, modal (al-mal), pengumpulan modal, amanah ([[Wakaf (Faraidh)|wakaf]]), syarikat permulaan, akaun simpanan, pajakan, juru bank, penukar mata wang, lejer,<ref>Subhi Y. Labib (1969), "Capitalism in Medieval Islam", ''The Journal of Economic History'' '''29''' (1), hal. 79–96 [92–3].</ref> dan saman<ref>Ray Spier (2002), "The history of the peer-review process", ''Trends in Biotechnology'' '''20''' (8), hal. 357-358 [357].</ref>. Konsep perusahaan yang sama seperti syarikat yang bebas daripada campurtangan negara juga telah wujud pada zaman pertengahan Islam, sementara institusi agensi juga ditubuhkan. Banyak daripada konsep awal kapitalis ini diambil pakai dan dibangunkan oleh Eropah dari kurun ke-13 dan seterusnya.
 
Sistem kontrak yang bergantung kepada pedagang juga sangat berkesan. Pedagang akan membeli dan menjual atas komisyen, dengan wang yang dipinjamkan kepada mereka oleh pelabur kaya, atau pelaburan bersama beberapa pedagang, yang selalunya mereka terdiri daripada orang [[Islam]], [[Kristian]] dan [[Yahudi]]. Perkongsian perniagaan akan dibuat untuk banyak penerokaan komersil, dan pertalian yang erat membolehkan rangkaian dagangan terbentuk dalam jarak yang luas. Rangkaian yang terbina pada masa ini membolehkan sebuah dunia di mana wang dijanjikan oleh sebuah [[bank]] di [[Baghdad]] dan ditunaikan di [[Sepanyol]], yang membawa kepada sistem [[cek]] seperti pada hari ini. Setiap kali barangan melepasi bandar-bandar dalam rangkaian luar biasa ini, bandar akan mengenakan cukai, menyebabkan harga tinggi apabila mencapai destinasi terakhir. Inovasi yang dibuat oleh orang Islam dan Yahudi membentuk asas kepada sistem ekonomi.
 
=== Di Eropah ===