Sumbangan Islam kepada Eropah Zaman Pertengahan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 15:
 
==Pengetahuan Klasik==
Berikutan dengan kejatuhan [[Empayar Rom]] dan bermulanya Zaman Pertengahan, banyak teks dari zaman Baharian Klasik ("Classical Antiquity") telah hilang dari Eropah. Bagaimanapun, di [[Timur Tengah]] banyak teks Yunani ini (seperti penulisan [[Aristotle]]) diterjemah daripada [[bahasa Yunani]] kepada [[bahasa Syriak]] semasa kurun ke-6 dan kurun ke-7 M oleh paderi Nestorian, [[Melkite]] atau Upacara Syria Barat/(Jacobite) yang tinggal di [[Palestin]], atau oleh orang Yunani yang tersingkir dari [[Athens]] atau dari Edessa, Mesopotamia, yang melawat pusat pengajaran tinggi Islam. Kebanyakan teks ini bagaimanapun disimpan, diterjemah, dan dibangunkan oleh dunia Islam, terutamanya di pusat pembelajaran seperti [[Baghdad]], di mana terdapatnya "[[Baitul Hikmah|Rumah Kebijaksanaan]]" (''House of Wisdom''), yang dimuatkan beribu manuskrip dan yang wujud seawal tahun 832 M. Teks-teks ini diterjemah kembali ke dalam bahasa Eropah semasa Zaman Pertengahan.<ref name="Lebedel1"/> Kristian Timur memainkan peranan penting dalam mempergunamengguna pakai pengetahuan ini melalui Sekolah Aristotelician Kristian di Baghdad pada kurun ke-11 dan kurun ke-12.
 
Teks-teks ini diterjemah kembali ke bahasa [[Latin]] melalui pelbagai cara. Titik penyebaran utama pengetahuan Islam ke Eropah adalah di [[Sicily]] dan [[Toledo]], [[Al-Andalus|Sepanyol]] (melalui [[Gerard dari Cremona]], 1114–1187). Burgundio dari Pisa (mati 1193) menjumpai di Antioch teks Aristotle yang hilang dan menterjemahkannya kepada bahasa Latin.