Sumbangan Islam kepada Eropah Zaman Pertengahan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 118:
[[File:Venitian glass circa 1330 with enamel decoration derived from Islamic technique and style.jpg|thumb|left|Bikar Aldrevandini, [[kaca Venice]] dihiasi [[enamel berkaca]] yang berasal daripada gaya dan teknik Islam. Lebih kurang 1330.<ref name="Aldrevandini">{{Cite web|url=http://www.britishmuseum.org/explore/highlights/article_index/e/examining_enamel_on_glass.aspx |title=Examining the enamel on the Aldrevandini beaker |work=British Museum}}</ref>]]
 
Di dalam kertas kerja tahun 1974 yang berpengaruh, ahli sejarah Andrew Watson menyarankan bahawa terjadi [[Revolusi Pertanian ArabIslam]] di antara tahun 700 dan 1100 M, yang telah menyerapkan sejumlah besar [[tanaman]] dan teknologi dari Sepanyol ke Eropah Zaman Pertengahan, di mana pertanian terhad kepada strain-strain gandum yang diperoleh dari awal lagi melalui Asia tengah. Watson menyenaraikan lapan belas tanaman, termasuk sorgum (betari) dari Africa, buah-buahan sitrus dari China, dan berbagai tanaman seperti mempelam, beras, kapas dan tebu dari India, yang tersebar di tanah-tanah Islam yang mengikut Watson tidak ditanam di tanah-tanah tersebut. Watson menyarankan bahawa pembawaan masuk ini serta peningkatan penjenteraan di dalam bidang pertanian, telah membawa kepada perubahan besar dalam ekonomi, taburan penduduk, penutup tumbuhan, pengeluaran pertanian dan pendapatan, tahap penduduk, pertumbuhan bandar, taburan tenaga kerja, industri berkaitan, pemasakan, pemakanan dan pemakaian di dalam dunia Islam. Juga, di bawah pengaruh Islam, industri sutera berkembang, penanaman flaks dijalankan, linen dieksport, dan rumput [[esparto]], yang tumbuh liar di kawasan gersang, dipungut dan dijadikan beberapa barangan lain.<ref name=Watson>Andrew M. Watson (1974), "The Arab Agricultural Revolution and Its Diffusion, 700–1100", ''The Journal of Economic History'' '''34''' (1), pp. 8–35.</ref> Namun teori Watson ini dicabar Michael Decker yang menyatakan beberapa tanamam (gandum durum, beras, sorgum dan kapas) sudah terdapat berkurun sebelum zaman Islam dan secara amnya menyatakan bahawa amalan pertanian dunia Islam merupakan evolusi amalan dunia kuno dan bukannya revolusi seperti dinyatakan Watson.<ref>Michael Decker: "Plants and Progress: Rethinking the Islamic Agricultural Revolution", Journal of World History, Vol. 20, No. 2 (2009), pp. 187-206</ref>
 
Pembuatan [[gula]] daripada [[tebu]],<ref>"The Sugar Cane Industry: An Historical Geography from Its Origins to 1914 (1989)", pp.34-34, JH Galloway, ISBN 0-521-02219-3</ref> [[jam air]], [[Pulpa (kertas)|pulpa]] dan [[kertas]], [[sutera]], dan pelbagai kemajuan dalam pembuatan [[minyak wangi]],dipindahkan dari dunia Islam kepada Europah Zaman Pertengahan.<ref>[[Ahmad Y Hassan]], [http://www.history-science-technology.com/Articles/articles%207.htm Transfer Of Islamic Technology To The West, Part 1: Avenues Of Technology Transfer]</ref> Mesin ''[[Fulling]] (satu langkah dalam pembuatan kain'' dan kemajuan dalam teknologi kilang juga mungkin telah dipindahkan dari dunia Islam kepada Eropah Zaman Pertengahan,<ref>Adam Lucas (2006), ''Wind, Water, Work: Ancient and Medieval Milling Technology'', p. 10 & 65, BRILL, ISBN 90-04-14649-0.</ref> bersama-sama penggunaan rekaan seperti [[pam]] sedut,<ref>[[Ahmad Y Hassan]]. [http://www.history-science-technology.com/Notes/Notes%202.htm The Origin of the Suction Pump].</ref> pam ''[[noria]]'' dan [[pam rangkai]] bagi tujuan pertanian. Mengikut Watson, "Sumbangan Islam sebenarnya lebih dari segi penggunaan secara meluas peralatan yang digunakan hanya secara dan pada kawasan terhad pada zaman pra-Islam daripada perekaan peralatan baharu."<ref>Quoted in "The Sugar Cane Industry: An Historical Geography from Its Origins to 1914", JH Galloway, p. 27</ref> Inovasi-inovasi ini membolehkan operasi-operasi perindustrian yang dahulunya dilakukan secara insani atau dengan penggunaan haiwan penarik, didorong oleh jentera pada Eropah Zaman Pertengahan.<ref>Adam Robert Lucas (2005), "Industrial Milling in the Ancient and Medieval Worlds: A Survey of the Evidence for an Industrial Revolution in Medieval Europe", ''Technology and Culture'' '''46''' (1), pp. 1–30.</ref>