Sumbangan Islam kepada Eropah Zaman Pertengahan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 48:
[[File:Syria made medicinal jars circa 1300 excavated in Fenchurch Street London.jpg|thumb| [[Balang perubatan]] Syria sekitar tahun 1300 M, digali di Fenchurch Street, London. [[Muzium London]].]]
 
Satu daripada terjemahan karya perubatan yang penting ialah ''[[KanunQanun Perubatan]]'' karangan [[Ibnu Sina]] (''Avicenna'') (1025 M) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan disebarkan dengan meluas di Eropah dalam bentuk manuskrip dan percetakan. Ia kekal sebagai buku teks perubatan standard di Eropah sehingga awal zaman moden. Pada kurun ke-15 dan ke-16 sahaja, ''KanunQanun Perubatan'' telah diterbitkan lebih daripada 35 kali. <ref name=NLM>[[National Library of Medicine]] digital archives</ref> Ibnu Sina memperhatikan sifat menjangkit beberapa [[penyakit berjangkit]] (yang beliau anggapkan "kesan" dalam udara yang ditinggalkan pesakit), dan membincangkan cara untuk menguji pengubatan baharu dengan efektif. <ref name=Tschanz>David W. Tschanz, MSPH, PhD (August 2003). "Arab Roots of European Medicine", ''Heart Views'' '''4''' (2).</ref> Beliau juga menulis ''[[BukuKitab Penyembuhan]]'', ensiklopedia sains dan falsafah yang lebih am, yang menjadi satu lagi buku teks yang masyhur dan digemari di Eropah.

[[Abu_Bakar_Muhammad_bin_Zakaria_al-Razi|Zakaria al-Razi]] (alAl-Razi, ''Rhazes'') menulis ''Buku Perubatan Lengkap'', dengan pemerian teliti dan perbezaan di antara [[campak]] dan [[cacar]], yang juga berpengaruh di Eropah. [[Abu Al-Qasim Al-Zahrawi|Abu al-Qasim al-Zahrawi]] (al-Zahrawi, ''Abulcasis'') menulis ''[[Al-Tasrif|Kitab al-Tasrif]]'', satu ensiklopedia perubatan yang masyhur khusus kerana bahagian pembedahannya. Ia mengandungi pemerian dan gambar rajah tentang lebih 200 alat pembedahan, kebanyakkannya diciptanya sendiri. Bahagian pembedahan telah diterjemahkan ke dalam Latin oleh [[Gerard dari Cremona]] pada tahun 1100-an, dan digunakan berkurun-kurun di dalam sekolah-sekolah perubatan Eropah, sehingga masih dicetak pada tahun 1700-an. <ref name=Campbell-3>D. Campbell, ''Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages'', p. 3.</ref><ref name=Albucasis>[http://www.sciencemuseum.org.uk/broughttolife/people/albucasis.aspx Albucasis] Science museum on Albucasis</ref>
 
===Fizik===