Johor Bahru Sentral: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36:
JB Sentral juga merupakan hab pengangkutan utama bagi sekitar metropolitan Johor Bahru. Ia juga dapat memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar [[bandar]] [[Kota Tinggi]] (40 km ke pusat bandar) dan sekitar [[bandar]] [[Pontian Kechil]] (45 km ke pusat bandar). Pengangkutan yang terdapat di JB Sentral adalah [[kereta api]], [[bas]] dan [[teksi]]. [[Wilayah Pembangunan Iskandar]] juga ingin menjadikan stesen utama bagi [[LRT]] ( transit aliran ringan ), [[komuter]] ( Komuter Selatan ), [[monorel]] (Monorel Johor Bahru ) dan [[MRT]] ( Mass Rapid Transit ).
 
Stesen ini memberi perkhidmatan [[KTM Antarabandar]] yang menghubungkan Hat Yai di utara dan Singapura di selatan melalui stesen-stesen utama di Malaysia seperti [[Padang Besar]], [[Alor Setar]], [[Butterworth]], [[Ipoh]], [[KL Sentral]], [[Seremban]], [[Gemas]] dan [[JB Sentral]].
==Am==
Stesen kereta api JB Sentral merupakan stesen kereta api utama di negeri Johor yang serupa dengan [[KL Sentral]] di Kuala Lumpur yang mana mempunyai keluasan sebanyak 79 000 meter persegi. Hab ini mempunyai stesen keretapi [[KTM]] ( yang dibuka pada 21 Oktober 2010 ) dan stesen bus. JB Sentral juga terletak di [[Gerbang Selatan Bersepadu]] yang terletak di antara Jalan Yun Abdul Razak dengan Jalan Jim Quee yang terletak di pusat bandaraya. JB Sentral juga dapat menghubungkan dengan pusat membeli belah Johor Bahru City Square melalui jejantas yang disediakan.