Perbezaan antara semakan "Tanjung Simpang Mengayau"

k
 
Pada zaman dahulu, [[Teluk Marudu]] merupakan laluan penting penduduk ke jalan laut menaiki perahu,kumpit atau kapal layar. Dengan itu ia sering menjadi medan pertempuran maka kawasan laut di bukit ini dikenali sebagai Sampang Mengayau. Ini berlaku kerana lokasi kawasan ini yang strategik, kawasan perairannya yang dalam, medan pertemuan dua lautan utama di Utara Kudat serta ada kawasan [[air]]nya yang tenang ditambah lagi dengan adanya banjaran bukit yang memudahkan aktiviti mengintip dan memerhati pihak lawan dilakukan.Sering kali juga kawasan bukit di tanjung ini menjadi tempat persembunyian musuh-musuh dan lanun yang menunggu untuk menyerang kapal-kapal dagang yang melalui kawasan ini atau berlabuh di sini. Ferdinand Magellan dalam catatan pigafetta dalam pelayarannya mengelilingi dunia sewaktu belayar dari Brunei ke Kepulauan Sulu dikatakan pernah berlabuh di kawasan ini selama 42 hari pada tarikh 15 Ogos hingga 27 Sept 1521 untuk membaiki kapalnya yang rosak sebelum meneruskan pelayarannya. Dalam catatan Pigafetta, Sampang Mengayau dikenali dengan nama Cimbombong. Jelasnya kawasan ini sinonim dengan aktiviti perdagangan laut, pelanunan dan peperangan laut pada zaman dahulu.
 
[[de:Tanjung Simpang Mengayau]]
[[en:Tanjung Simpang Mengayau]]
44,671

suntingan