Selising: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Secara keseluruhannya., Selising adalah sebuah pekan Melayu yang terletak diantara Kota Bharu dan Pasir Puteh. Namun, dari segiu sejarah pekan Selising telah menjadi satu tempat tumpuan kaum Cina sejak sebelum Perang Dunia ke 2 lagi. Antara Kota Bharu dan Pasir Puteh, selain dari Peringat, Melor (lebih dari 10 keluarga), Danan (2 keluarga), Bukit Abal (2 keluarga ) , Padang Pak Mat dan Kg Kelubi, Selising juga menjadi tumpuan beberapa peniaga kecil Cina yang turut menyumbangkan perkhidmatan kedai runcit, kedai basikal dan tayar basikal, kedai getah, kedai emas , kedai kopi , kedai jahit, dan juga kedai jualan pakaian dan kasut. Walaupun ia pekan kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan harian yang mencukupi.
 
Selising menjadi pusat tumpuan orang kampong berdekatan temasok Kedai Menanti, Bukit Jawa, Banir Belikong, Alor Hijau, Lepah, Banggol, Bukit Bidan, Bukit Merbau dan lain-lain. Namun sejak tahun 1990an kemajuan ekonomi dan pembangunan jalanraya serta kebolehan memiliki kenderaan sendiri dikalangan penduduk berdekatan telah telah mengurangkan peranan Selising sebagai pekan utam di kawasan ini. Padang bola yang luas ditengah pekan ini bukan sahaja merupakan "green lung" kepada pekan ini, malah padang bola ini telah banyak meyumbang kepada perkembangan warisan tradisi serta pusat utama kerajaan menyampaikan berita dan laporan kemajuan semasa. Pekan Selising adalah antara tempat yang terunggul bagi persembahan berdikir barat , wayang kulit dan juga perlawanan bola sepak.
 
Apa bila wayang kulit, mak yong atau berdikir barat diadakan, orang kampong dari beberapa kampong berkedakatan akan berpusu -pusu ke padang boleh untuk menyaksikan persembahan ini. Pada zaman 1960 an, apa bila penganjur dikir barat atau wayang kulit mahu mengadakan persembahan tersebut, padang ini akan dipagarkan dengan plastik putih dan orang ramai perlu bayar tiket untuk menyaksikan berdikir barat dan wayang kulit. Tak kurang juga penjaja-penjaja yang menjual kacang putih, kuih-kuih, minuman dan lain-lain akan membina gerai-gerai sementara mereka semasa persembahan ini diadakan.
Baris 19:
Panggung ini tidak menayangkan gambar setiap hari. Ia hanya ditayang gambar jika ada gambar yang baik. Gambar-gambar yang ditayangkan lazimnya gambar Hindi dan gambar Melayu. Antara gambar Hindi yang sohor masa itu ialah Sangam dan Bobi, bintang filem Hindi seperti Asha Paresh, Sashi Kapoor dan Raj Kapoor mempunyai ramai peminatnya. Panggung Kiew akan hantar lorinya yang dilengkapkan dengan banner gambar serta alat pembesar suara meronda ke kampong -kampong memberi tahu orang ramai mengenai gambar yang akan ditayangkan.
 
Panggung ini juga akan edarkan "circular" yang disebut "sekelar" oleh orang tempatan mengenai cerita serta gambar pelakun utama filem yang akan ditayangkan. Pelakun utama ini lazimnya dikenali sebagai “kepala cerita”. Itulah cara orang kampoungkampong diberitahu mengenai filem yang bakal di tayangkan. Harge tiket pada tahun 1960 hanya 20 sen seorang.
 
Panggung ini , walau pun di pagar, tetapi adalah jenis "open air" kerana tiadtiada bumbung. Satu amalan yang unik yang diamalkan oleh panggung Kiew ini ialah, jika ia hujan semasa tayangan gambar, tayangan gambar akan dihentikan dan pelanganpenuntun-pelangganpenuntun yang simpan kaki tiket boleh datang balik hari keesokan untuk tengok filem itu sekali lagi tanpa perlu bayaran lagi. Bangku duduk adalah bangku papan . MenontonMenuntun filem dipanggung ini adalah menarik kerana setiap tumbukan pelakun utama keatas watak antagonis akan diikuti dengan sorakan besar. Walau pun ringkas kemudahan panggung ini, meononton ia adalah mencukupi untuk memberi hiburan kepada orang kampong masa itu.
Pada tahun 1950 an, sebuah sekolah rendah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di pekan ini terpaksa di tutup kerana tidak cukup pelajar Cina di kampong ini. Tapak asalnya sekarang terdapat antara jalan utama dan belakang klinik Selising. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Jawa dibina lebih kurang dalam akhir 1960an atau awal tahun 1970an.
 
Baris 43:
== Mitos asal nama ==
Nama kampung ini diambil sempena nama sebuah pokok yang dikenali sebagai "[[Pokok Selising]]" yang terdapat banyak di kampung ini pada suatu masa dahulu. Mengikut seorang pendudukan bernama Mek Pit (Puan Wee Kui Gut, umur 89 tahun pada 2012 isteri kepada arwah Pak Ya yang tinggal di rumah No. 1470, Selsing) daun Selising di gunakan sebagai bahan membuat tikar oleh orang tempatan. Tetapi jenis tumbuhan ini sudah lama tidak kelihatan di pekan ini lagi.
 
Berdekatan dengan Pekan Selising terdapat sebuah bukit kecil yang bernama Bukit Jawa. Di Bukit Jawa, terdapat sebuah gua gelap yang pada suatu ketika dulu dikaitkan dengan Puteri Saadong. Mitos Puteri Saadong yang dikatakan menetap di Bukit Marak di Daerah Bachok telah menjadikan Bukit Jawa sebagai tempat penginapan nya. Dalam gua ini, dikatakan terdapat pinggang mangkuk yang disimpan oleh penjaga Puteri Saadong. Apabila mahu mengadakan kenduri, orang kampong akan pergi ke gua ini unutk meminjam pinggang mangkuk dari Puteri Saadong. Tetapi,apabila orang kampong tidak kembalikan apa yang dipinjam, Puteri Saadong kecewa dengan perangai orang kampong dan terus tinggalkan gua ini.
 
Kini, gua ini dipenuhi dengan najis kelawar dan amat licin dan berbahaya. Bau amonia dari najis kelawar ini amat tidak menyenangkan dan gua ini gelap gulita. Terdapat satu batu besar yang akan rata dalam gua ini. Orang kata itulah tempat tidur Puteri Saadong. Bagi yang berminat, tanyalah orang kampong di Bukit Jawa untuk menunjukan jalan masuk ke gua ini.
 
Disarankan pihak kerajaan tempatan mengguna penuh kesempatan gua ini sebagai tempat peranginan pelancong tempatan.
 
== Politik ==
Baris 48 ⟶ 54:
 
== Masyarakat ==
 
Rata-rata masyarakat Selising adalah mesra dan saling hormat menghormati dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Mungkin kesan dari sejarah pendidikan awal suatu ketika dahulu yang telah terpimpin oleh 3 orang ulama yang benar-benar cintakan keamanan dan keharmonian.
 
Baris 60 ⟶ 67:
Hasil dari interaksi antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu tempatan yang erat, penduduk Cina di kampong ini juga mempunyai nama gelaran Melayu yang unik. Antaranya, taukeh panggung dipanggil "Kiew" atau "Q" (nama sebenar Koh Boon Chiew), beberapa taukeh getah yang dipanggil "Pak Wee"( nama sebenar Lua Eng Nui), "Taukeh Cabang " kerana dia mempunyai 6 jari dan satunya bercabang (Nama sebenarnya Lua Kho Phai-bapa kepada Dr Lua Hock Bue , Klinik Lua di Kota Bharu), Taukeh Kerani (nama sebenar Lua Booon Khe) ia itu kedai getah disebelah panggung Kiew.
 
Begitu juga dengan lain-lain penduduk Cina ia itu Taukeh Tee atau "T" kedai basikal, Taukeh Naga ( bapa kepada Tan Poh Boo dan Cikgu Besar Ehna) kerana tuan nya mempunyai tatoo bentuk naga dibahunya , Pak Ya (nama sebanar Lua Kiat Siaw, bapa kepada peguam Lua Kok Hiyong dari Tetuan Lua & Mansor, Kota Bharu ), Tukang ( taukeh kedai emas ia itu bapa kepada En Lee Lai Fatt, atau Ah Pat Tongek), Ubi (tukang gigi, ia itu bapa kepada seorang gurunyangguru yang mengajar di Sek.Men Bukit Jawa Cikgu Lee Yong Hwa), Siput (kedai runcit), Pulut (kedai gambar), Bujang kedai kopi (nama sebenar Lee Tong Yang), Yacob (anak Taukeh Tee, kedai basikal), Yu , taukeh basikal dan ramai lagi. Mandor Cina yang menjaga kebun getah di Bukit Bidan (sekarang ini sebahagian telah di ambil oleh kerajaan untuk dibina sekolah ) masa itu dipanggil Tok Mandor Sahak (Ishak)dan adiknya dipanggil Cik Su . Jalan ke kebun tersebut ia itu Jalan Tok Mandor Ishak diberi sempena namanya. Namun, kebanyakan dari mereka sudah meninggal dunia dan dewasa ini, hanya lebih kurang 12 keluarga Cina yang masih menetap di pekan ini.
 
Kaum Muslim yang terdiri dari keturunan Pakistan juga agak ramai. Lebih kurang adalah 3-4 keluarga. Mereka juga mempunyai kedai-kedai runcit. Tetapi ramai daripada ahli keluarga mereka ini juga sudah berhijrah dan menetap ditempat lain.
 
Orang Melayu pada zaman 1950 an hingga awal 1970 tidak ada yang membuka kedai runcit. Mereka lebih tumpu kepada kedai "merpati" dan kedai makanan seperti menjual nasi berlauk, roti canai dan masakan. Tahun 1960 terdapat satu kedai merpati kepunyaan Hajo Mamat Toso ditepi pasar yang menjadi tyumpuan orang kampong masa itu. Harga teh secawan hanyalah 10 sen masa itu. Harga gula ialah 30 sen sekati.

Terdapat seorang tukang jahit Melayu yang bernama Pak Harun mempunyai kedai jahitnya sendiri di pekan ini. Tetapi masok tahun pertengahan 1970an, MARA telah mendirikan banyak rumah kedai dan kaum Melayu mulai aktif berniaga. Kini, majoriti kedai perniagaan dan lain-lain kedai di Pekan Selisisng telah dioperasi oleh kaum Melayu yang berjaya.