MasterChef Malaysia (Musim 1): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
 
==Episod==
===Format===
MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
 
* '''Hari Sabtu''' adalah cabaran "Peti Saji Misteri". Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasa oleh juri dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi kelebihan dan lazimnya akan diberi peluang untuk memilih bahan utama untuk cabaran "Ujian Cipta Rasa". Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
 
* '''Hari Ahad''' membawakan "Ujian Sajian Pantas", "Ujian Kemahiran" ataupun "Penyingkiran". Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan.
 
* '''Hari Isnin''' - "Cabaran Chef Selebriti", iaitu pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef undangan. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelak mana-mana satu sesi penyingkiran kecuali minggu akhir.
 
* '''Hari Selasa''' membawakan "Cabaran Sajian Luar". Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini yang bergantung kepada keadaan, situasi atau tempat cabaran. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
 
* '''Hari Rabu''' merupakan satu lagi pusingan penyingkiran. Peserta bagi pasukan kalah bersaing antara satu sama lain untuk penyingkiran seorang lagi perserta dari pertandingan ini.
 
* '''Hari Sabtu''' juga adalah "Kuliah Master" iaitu para juri menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para juri meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lepas.
 
** "Santapan Penamat" adalah satu sesi bagi dua peserta terakhir untuk bertarung di dapur masakan bagi mendapatkan anugerah kejuaraan MasterChef Malaysia.
 
===Episod 1===
Dalam episod pengenalan ini memaparkan 3 juri professional iaitu Chef Jo, Chef Priya dan Chef Yahaya mengalu-alukan kedatangan 40 peserta teratas Masterchef Malaysia (Top 40) di Bootcamp. Para peserta kemudiannya melalui Ujian Kemahiran yang pertama iaitu memotong dadu bawang kuning. Sekiranya gagal menepati kualiti dan standard yang ditetapkan, mereka perlu mengulangi ujian tersebut sehingga para juri berpuas hati. 30 peserta terselamat, manakala 10 peserta yang tercorot haruslah melalui Ujian Ciptarasa. Siapakah yang bakal diundang untuk mengadili para peserta didalam Ujian Cipta Rasa? Jangan ketinggalan untuk menonton episod pertama MasterChef Malaysia.
Baris 22 ⟶ 39:
===Episod 5===
Menyedari hanya tinggal 8 tempat sahaja lagi dalam Masterchef Malaysia, 20 peserta bergabung tenaga memilih pasangan masing-masing untuk menghadapi cabaran Peti Saji Misteri. 10 pasangan peserta ini dikehendaki memasak dengan menggunakan sama ada 1 sahaja atau semua bahan yang ada dalam Peti Saji Misteri. Bahan masakan tersebut ialah Beras Putih, Beras Perang, Beras Pulut, Kelapa dan Tepung. Peserta juga diberi pilihan untuk menambah 12 sahaja bahan-bahan mentah yang terdapat dalam pantry. 2 hidangan perlu mereka sediakan iaitu 1 hidangan manis dan 1 hidangan savoury. Memikirkan hanya tinggal 5 sahaja apron Masterchef Malaysia dan dengan kehadiran Chef Riz bersama hidangan istimewa beliau iaitu Kek Tiramisu telah menyuntik semangat peserta untuk berusaha gigih menyediakan hidangan tersebut mengikut resipi yang diberikan. Siapalah bakal 24 peserta yang mendapat apron MasterChef? Sama-sama kita lihat didalam episode kali ini.
 
==Pautan luar==
* [http://www.masterchef.com.my Laman Utama MasterChef Malaysia]
* [http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia Laman Utama di Facebook]
* [http://twitter.com/MasterChefMY Laman Utama di Twitter]
{{MasterChef}}
{{MasterChef Malaysia}}
 
 
[[Kategori:Pertandingan Realiti Malaysia]]
[[Kategori:MasterChef]]