Death Eater: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Baris 11:
 
Dalam siri ''[[Harry Potter]]'', '''Death Eater''' merupakan pengikut [[Lord Voldemort]]. Death Eater merupakan organisasi pengganas Voldemort dalam peperangannya menentang pentadbiran sihir British iaitu [[Kementerian Sihir]] dan kumpulan anti ilmu hitam [[Albus Dumbledore|Dumbledore]], [[Kumpulan Phoenix]].
 
==Bio==
Tugas mereka termasuklah menentang Kementerian Sihir dan Kumpulan Phoenix, dan mengurangkan tentangan oleh mereka yang menentang Voldemort dengan mengancam, menculik, membunuh, mengugut atau mencederakan keluarga mereka terutamanya kanak-kanak. Selepas menyertai, Death Eater harus menyertakan kesetiaan mereka sehingga mati. Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada hukuman berat, lazimnya berbentuk siksaan atau kematian.
 
Semua Death Eater dicapkan [[Tanda Kuasa Jahat]] di lengan kiri mereka. Tanda Kuasa Jahat, tanda Voldemort (tengkorak dengan ular terjulur dari mulutnya) akan digunakan untuk memanggil Death Eater - apabila Voldemort menyentuh tanda seorang Death Eater, tanda pada yang laini akan membakar, dan Death Eater akan menjelma terus kepada tuan mereka. Pemakaian biasa bagi Death Eater adalah hitam, jubah berhud dan topeng tengkorak putih yang menutup bahagian atas muka.
 
Versi filem [[Harry Potter and the Goblet of Fire]] menunjukkan Death Eater dengan topeng tengkorak dan berjubah hitam bertudung tajam, menyerupai jubah ahli [[Ku Klux Klan]].
 
{{spoiler}}
 
Beberapa anak Death Eater turut bersekolah di [[Sekolah Sihir Hogwarts]] - sekolah itu sendiri tidak menyebelahi kumpulan atau pihak mana-mana, walaupun beberapa Pengetua sebelumnya berbuat begitu. Menurut J.K. Rowling, walaupun ahli Slytherin sering berkaitan dengan Death Eater, hanya sedikit sahaja dalam populasi [[Slytherin]] dan terdapat juga pelajar yang berkaitan dengan Death Eater dalam Gryffindor, Hufflepuff, dan Ravenclaw.
 
==Pautan luar==