Kambria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 7:
Sebelum Zaman Kambria , lautan di bumi dipenuhi dengan [[organisma]] sel tunggal seperti [[alga]]. Ia melepaskan oksigen melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan gas oksigen dalam atmosfera meningkat mendadak. Keadaan ini mendorong pembiakan dan pertumbuhan organisma multisel. Sehinggalah pada zaman Kambria , banyak organisma wujud disebabkan tindak balas berantai oleh kandungan oksigen dalam atmosfera dan perubahan dalam laut.
 
== AdakanAdakah organisma hidup di darat pada Zaman Kambria ? ==
Tiada [[organisma]] hidup di darat pada Zaman Kambria. Mungkin terdapat [[alga]] dan tumbuhan komposit primitif (liken) tumbuh di kawasan rendah dan lembap. Ini mungkin kerana, struktur sokongan lain dan tulang yang diperlukan untuk hidup di daratan belum berevolusi sepenuhnya.
 
== Bagaimakah organisma hidup di laut ? ==
Pada Zaman Kambria, terdapat organisma primitif bercangkerang dan bertulang (tetapi tiada bertulang belakang) hidup di dasar laut. Ia menjadikan alga mikro dan bahan organik sebagai makanan. Keadaan laut cetek, suhu panas, kandungan garam dan dan kalsium karbonat yang sesuai membolehkan organisma tersebut membina tulang dan struktur sokongan lain untuk meneruskan hidupan di zaman itu.
 
== Adakah organisma lain sebelum Zaman Kambria ? ==
Saintis berpendapat banyak organisma wujud sebelum ''letupan Kambria''. Namun tiada fosil ditemui kerana mereka berbadan lembut, tidak mempunyai cangkerang atau tulang dan hidup di dalam air.
 
== Apakah jenis organisma di Zaman Kambria ? ==
Zaman Kambria adalah zaman lautan. Selain haiwan jenis [[atropod]], [[trilobit]], [[anelid]], [[brakiopod]], [[chordata]], [[moluska]], dan [[bunga karang]] yang hidup di zaman ini.