Sekolah Kebangsaan Merlimau: Perbezaan antara semakan

Tiada ringkasan suntingan
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Merlimau memiliki 141 pelajar lelaki dan 128 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 269 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.<sup>2009</sup>
 
 
==Sejarah ==
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah melayu dalam Mukim Merlimau yang didirikan dalam tahun 1891.Ia merupakan sebuah sekolah yang tertua di daerah ini dan merupakan sebuah sekolah yang berdindingkan papan dan beratapkan rumbia.
Ramai di antara muridnya telah menjadi cendiakawan. Antaranya ialah YAB bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Abu Zahar bin Haji Ithnin, bekas Wakil Parlimen Jasin Datuk Haji Ahmad bin Haji Ithnin, bekas Pendakwa Raya/Peguam Negara Tan Sri Abu Talib bin Othman, bekas Pengarah JPJ Malaysia Encik Jelani bin Kupah, Rabuan bin Pit pelari pecut Malaysia dan Asia dan ramai lagi tokoh-tokoh yang menjadi peguam, doktor, guru dan sebagainya.
Pada tahun 1956, sebuah bangunan tambahan 3 bilik telah dibina. Pada tahun 1960 an sekolah ini telah dinaikkan ke gred B.Pada tahun 1980 an sekolah ini telah turun ke gred C kerana ibubapa di sekeliling kawasan ini telah memilih dan menghantar anak-anak mereka belajar ke Sekolah Inggeris Merlimau 1. Tambahan pula, keadaan fizikal sekolah ini yang kurang sempurna dan perubahan semua sekolah rendah diberi pendidikan secara percuma.
Pada tahun 1980 an juga perubahan fizikal sekolah ini telah dibuat dan pada bulan April 1980 sebuah bangunan 2 tingkat (JKR 3510) telah siap dibina dan digunakan pada 28 April 1980. Di sekolah ini juga terdapat sebuah asrama peninggalan sekolah Agama JAIM dan telah diserapkan di bawah kelolaan sekolah ini sebagai sebuah bangunan tambahan.Selain daripada itu terdapat sebuah bangunan untuk murid-murid Khas (KKBP), yang setakat ini mempunyai 28 orang pelajar dan 5 orang guru pembimbing. Kemungkinan murid ini akan bertambah dari masa ke semasa.
Semangat gigih pentadbir, guru-guru, pekerja sekolah ini telah dapat menambah kepercayaan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Ini terbukti dengan adanya sebilangan guru yang telah membawa anak-anak mereka ke sekolah ini. Sekarang sekolah ini mempunyai seramai 292 orang murid, 102 murid lelaki dan 190 orang murid perempuan. Terdapat 6 aliran dan 3 kelas KKBP. Keramaian guru adalah seramai 21 orang guru, 5 orang guru lelaki dan 16 orang guru perempuan.Terdapat seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan 3 orang Pekerja Rendah Awam.
Semoga dengan kerjasama masyarakat sekeliling dan bantuan pihak-pihak tertentu, segala usaha murni ini akan menjadi kenyataan.
INSYAALLAH…………….
"BERMUAFAKAT, BEKERJASAMA, USAHA GIGIH DAN INGIN TERUS MAJU AKAN MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU MENJADI SEKOLAH TELADAN DAN DISEGANI ".
 
==Pencapaian ==
Pengguna awanama