Sandakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 182.63.149.3 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh EmausBot
Baris 47:
 
==Sejarah==
Ketika awal [[1870-an]], pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan [[Sultan]] [[Sulu]] yang turut memerintah kawasan yang kini merupakan [[Filipina]] selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh [[William Clarke Cowie]], seorang penyeludup senjata api berbangsa [[Scotland]] dari [[Glasgow]] yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya Sandakan, iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampung German" kerana bilangan besar orang [[Jerman]] yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh [[Konsulat jeneral|konsul]] [[Austria-Hungary]] Baron von Overbeck daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, [[Alfred Dent]], Kampong German teranap pada 15 Jun [[1879]]. [[Residen British]] yang baru, [[William B. Pryer]], memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu Elopura, yang bermaksud ''Bandar yang Indah''. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke Sandakan. Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan.Populasi penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat Bajau, Melayu, Kadazan Dusun, Orang Sungai, Bugis, Suluk dan lain-lain .
 
Pada tahun [[1883]], pusat pentadbiran [[Syarikat Borneo Utara Inggeris]] dipindahkan dari [[Kudat]] ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak, Sandakan menjadi tumpuan [[jutawan]] terbesar di seluruh dunia.