Murut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Danial fAhmi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Danial fAhmi (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Kururubot
Baris 8:
 
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.<ref name=marinamikat>[http://marinamikat.blogspot.com/2009/07/kaum-murut-di-sapulut-sabah.html Kaum Murut di Sapulut, Sabah] Julai 2009</ref>
 
== Adat istiadat ==
Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.Hanya murut dari etnik Tahol saja pernah mengamalkan barian sampai mati, tetapi pada masa ini adat tersebut sudah tidak diamalkan oleh kerana arus pemodenan yang berlaku kepada kaum Murut.<ref name=marinamikat/>
 
== Kepercayaan ==
Dahulu mereka mempercayai amalan animisme iaitu setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiri. Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang.Kini,kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian.
 
== Tarian tradisional ==
* [[Tarian Magunatip]]
 
Ini merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah Tenom. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).
 
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magginakan yang memuja semangat padi. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.
 
== Pakaian tradisional ==
<ref name=RitaStella/>
===Pakaian wanita===
;Pinongkolo
Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.
;Pipirot
Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.
;Salupai
Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.
;Sinikot
Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.
;Rarangkol
Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.
;Holong
Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.
 
===Pakaian lelaki===
;Babaru puputul
Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.
 
;Aba puputul
Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.
;Tupi'sinulatan
Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.
 
===Motif===
Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:<ref name=RitaStella>''An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah'', disunting oleh Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, terbitan Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah, 1997</ref>
* Sinusu'
*:Bulu burung merak.
* Inimburu
*:Corak berbentuk lintah.
* Inakaang
*:Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
* Sinuli
*:Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
* Kalayam manuk
*:Corak berbentuk kaki ayam.
* Sinusulou
*:Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
* Mato nu orou
*:Corak berbentuk matahari.
 
== Rujukan ==
<references/>
 
{{Kumpulan etnik di Malaysia}}
 
[[Kategori:Sabah]]
[[Kategori:Kelompok etnik di Malaysia]]
[[Kategori:Orang asli Malaysia]]
 
[[id:Rumpun Murut]]
[[de:Murut]]
[[en:Murut people]]