Goreng: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, [[lemak]](mentega), [[garam]] atau [[pasir]]. Umumnya di [[Malaysia]], kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari [[kelapa]] sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan [[minyak]] yang lain seperti minyak [[bunga matahari]], minyak [[jagung]], minyak [[kelapa]] dan minyak [[zaitun]]. Minyak [[kelapa sawit]] lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. [[Suhu]] gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap. Menggoreng dengan minyak yang banyak dikatakan digoreng secara tohor. [[Goreng celup]] atau goreng tepung ialah makanan yang disaluti tepung sebelum digoreng contohnya [[ikan]] goreng celup, [[sotong]] goreng celup, [[pisang]] goreng, [[keledek]] goreng, [[sukun]] goreng dan [[ayam]] goreng. Di [[China]] dan [[India]], [[buah berangan]] atau [[kacang]] [[tanah]] digoreng dengan pasir [[panas]] atau [[garam]] panas.