Penaklukan oleh Muslim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
Kembang rencana
Baris 3:
 
'''Penaklukan Islam''' (632–732), ({{lang-ar|الفتوحات الإسلامية}}, '''al-Fatūḥāt al-Islāmiyya''') juga merujuk kepada '''Penaklukan oleh Orang Islam''' atau '''Penaklukan Arab''',<ref>Martin Sicker (2000), ''The Islamic World in Ascendancy: From the Arab Conquests to the Siege of ''Vienna'', 'Praeger.</ref> ke atas orang bukan Arab bermula selepas kewafatan [[Nabi Muhammad]]. Baginda mewujudkan sebuah kesatuan baru di [[Semenanjung Arab]] diikuti dengan [[Khulafa al-Rasyidin]] dan [[Kerajaan Bani Umayyah]] melihat pengembangan pantas kuasa [[Muslim]].
 
Mereka berkembang melewati [[Semenanjung Arab]] dan membentuk empayar Islam yang mempengaruhi wilayah luas dari perbatasan negeri [[China]] dan benua kecil [[India]], merentasi [[Asia Tengah]], [[Timur Tengah]], [[ Afrika Utara]], [[Sicily]], dan [[Semenanjung Iberia]] hinggalah ke [[Pyrenees|banjaran Pyrenees]]. Sejarawan terkenal, Edward Gibbon menulis di dalam ''The History of the Decline and Fall of the Roman Empire'' ("Sejarah Kemerosotan dan Kejatuhan Empayar Rom"):
 
{{bquote|Di bawah pemerintah [[Kerajaan Bani Umayyah|Umayyah]] terakhir, empayar Arab berkembang sejauh dua ratus hari perjalanan dari timur ke barat, dari [[Tartary]] dan India ke pantai [[Lautan Atlantik]]. Dan jika kita "memotong lengan jubah" [pendekkan cerita], seperti yang dikatakan penulis mereka, wilayah panjang dan sempit yang dilalui [[kafilah]]. Kita mencari dengan sia-sia kesatuan kuat dan keakuran kerajaan [[Augustus]] dan [[Antony]]; tetapi kemajuan Islam meresapi wilayah luas ini dengan adab dan pendapat yang serupa. Bahasa dan hukum-hukum [[Al-Quran|al-Qur'an]] ditelaah dengan kegigihan serupa sama ada di [[Samarkand]] atau di [[Seville]]: orang [[Moor]] dan India berpelukan seperti teman senegeri dan saudara semasa mereka melakukan ibadat Hajidi [[Makkah]]; dan [[Bahasa Arab|bahasa Arab]] diambil sebagai bahasa pertuturan popular di semua wilayah ke barat [sungai] [[Tigris]].}}
 
Penaklukan oleh Muslim membawa kepada kejatuhan [[Empayar Sasan]] dan kehilangan wilayah besar bagi [[Empayar Byzantine]]. Sebab-musabab kejayaan Muslim sukar di bina semula jika ditinjau kembali, terutamanya kerana hanya terdapat serpihan sumber rujukan zaman tersebut yang kekal. Kebanyakn ahli sejarah mempercayai bahawa empayar Sasan dan Byzantine Rom lesu dari segi ketenteraan dan ekonomi selepas saling berperang bagi waktu beberapa dasawarsa. Sebab-musabab kejatuhan pantas kerajaan [[Visigoth]] di [[Hispania]] pula sukar masih difahami.
 
== Nota ==