Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Membatalkan semakan 2396306 oleh 211.25.212.111 (Perbincangan)
Baris 122:
 
Pada sesi pembelajaran 2009/2010, dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah memulakan pembelajarannya di kampus tetap ini pada minggu ketiga semester. Pembangunan bagi asrama dan bangunan yang lain masih didalam perancangan dan pembangunan. Kolej kediaman pelajar telah siap pada sesi kemasukkan 2010/2011 dan menempatkan hampir kesemua pelajar tahun akhir dan sedikit pelajar tahun 3 daripada dua fakulti iaitu mekanikal serta elektrik dan elektronik. Kolej kediaman ini berkapasiti sebanyak 648 orang pelajar. Pembinaan bagi asrama untuk 1400 orang pelajar giat dijalankan selain daripada bangunan bangunana lain seperti bangunan fakulti pembuatan, fakulti sains komputer, perpustakaan dan bangunan pentadbiran lain.
 
==Kontroversi==
Ketika majlis konvokesyen ke-7, Universiti Malaysia Pahang telah merancang majlis agama dengan menjemput Ustaz Azhar Idrus. Namun sehari sebelum majlis bermula, pihak majlis telah mendapat satu arahan rahsia dari Jabatan Perdana Menteri mengarahkan supaya jemputan tersebut dibatalkan. Arahan yang disifatkan sebagai tangan ajaib itu telah mencetuskan pelbagai kontroversi memandangkan kuliah agama tersebut dihalang akan tetapi konsert nyanyian oleh artis-artis hiburan pula dibenarkan. Dua hari selepas itu, konsert nyanyian yang menampilkan Syuib Raja Lawak selaku hos dan artis-artis lain seperti Rosma AF, Nash, Yabang vokalis Khalifah dan kumpulan Hijjaz. Tangan ajaib itu masih menjadi misteri.
 
==Rujukan==