Perbezaan antara semakan "Yamamoto-Genryūsai Shigekuni"

k
(Laman baru: '''Yamamoto-Genryūsai Shigekuni''' (山本 元柳斎 重國, juga dieja sebagai 山本 元柳斎 重国) ialah watak dalam manga dan siri anime ''Bleach''. Dia ialah Jeneral bagi Go...)
 
Khabarnya, dia merupakan kaptan terkuat dalam Gotei 13. Yamamoto dipaparkan sebagai seorang lelaki tua yang berjanggut panjang. Terdapat banyak parut di bahagian torso dan kepalanya yang memberi gambaran bahawa dia pernah terlibat dalam banyak pertarungan. Dia memakai baju seragam shinigami piawai yang bersaiz sangat besar. ''Haori''nya hanya diletakkan agar menutupi belakangnya dan bukan dipakai seperti kaptan lain.
 
Sebagai Jeneral [[Shinigami (Bleach)#Gotei 13|Gotei 13]], Yamamoto sangat dohormati oleh shinigami lain terutamanya [[Komamura Sajin]] (dia melihat Yamamoto sebagai wira yang menyelamatkan nyawanya). Seperti [[Kuchiki Byakuya]] dan [[Soifon]], dia percaya bahawa arahan mesti dilaksanakan dan membenci sesiapa yang melanggar peraturan.
 
Keupayaannya sebagai shinigami amat tinggi dan dia mampu menumbangkan leftenan Bahagian ke-8 [[Ise Nanao]] dengan hanya merenungnya dan melepaskan kuasa semangat. Dia juga dapat berlawan dengan dua kaptan berkemahiran tinggi iaitu [[Kyōraku Shunsui]] dan [[Ukitake Jūshirō]] buat beberapa ketika tanpa dilukakan sementara mereka berdua memperoleh luka-luka kecil.
645

suntingan