Pulau Banggi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ZéroBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: zh:邦吉島
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Pulau Banggi''' merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut [[Kudat]], [[Sabah]], [[Malaysia]]. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan [[Pulau Langkawi]] dan [[Pulau Pinang]].
 
Pulau Banggi terletak di utara [[Sabah]] dan berdekatan dengan [[Teluk Marudu]]. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai [[Bukit Sibumbung]] dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan [[Karakit]] dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Bajau Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Βajau, Kagayan, dan Ѕuluk.
 
Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. [[Pulau Sebogoh]] yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-[[Filipina]].