Slim River: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Baris 15:
==Kesan Sejarah ==
 
Slim River adalah tempat berlakunya [[Pertempuran di Slim River]], salah satu pertempuran yang menentukan nasib [[Tentera British]] semasa [[Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu|serangan Jepun]] ke atas Tanah Melayu semasa [[Perang Dunia II]]. [[Tentera British]] telah mengalami kekalahan teruk semasa [[Pertempuran Jitra]] apabila [[Divisyen ke-11 India]] pimpinan Mej. Jen. [[David Murray-Lyon]] ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. [[Tomoyuki Yamashita]] dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. [[Tentera British]] mengatur pertahanan di [[Kampar]]. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam [[Pertempuran di Kampar]]. [[Tentera British]] memberikan tentangan hebat tetapi [[Tentera Imperial Jepun]] lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.
 
Lt. Jen. [[A. E. Percival]] dan Lt. Jen. [[Lewis Heath]] tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, [[Tentera British]] tidak akan dapat mempertahankan [[Selangor]] dan [[Negri Sembilan]]. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai [[pertempuran di Slim River]]. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil [[tentera infantri]] Jepun dengan bantuan [[kereta kebal]] berjaya menumpaskan pasukan [[Tentera British]] yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.