Unohana Retsu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Laman baru: right|250px|thumb|Unohana Retsu''Unohana Retsu'' (卯ノ花 烈 atau 卯の花 烈) ialah watak dalam manga dan siri anime ''Bleach''. Dia ialah kaptan bagi...
 
Master2841 (bincang | sumb.)
k + kategori & interwiki
Baris 2:
 
==Watak dan Perwatakan==
{{spoiler}}
Unohana ialah wanita yang lemah-lembut, beradab dan penyayang. Dia jarang panik atau menunjukkan bahawa dirinya sedang menghadapi masalah. Dia juga sangat sopan walaupun berang (misalnya apabila ahli bahagian lain membuli ahli bahagiannya) tetapi membebaskan aura yang mampu menakutkan orang lain walaupun pada masa yang sama, senyuman manis menghiasi bibirnya. Dia memakai pakaian seragam shinigami piawai tetapi menggenakan ''obi'' dan bukannya tali pinggang kain. Rambutnya juga ditocangkan dan dililitkan ke hadapan dadanya. Dia mempunyai hubungan yang intim dengan leftenannya Kotetsu Isane.
 
Baris 19 ⟶ 20:
 
Setelah dibebaskan, Minazuki berubah kepada ikan pari gergasi bermata tunggal dan boleh terbang. Saiznya cikup besar untuk menampung banyak orang di belakangnya (sekurang-kurangnya 12 orang berdasarkan saiznya dan orang yang sedang menunggangnya). Sebagai tambahan, ia boleh menelan banyak orang; ia boleh mengangkut dan memulihkan kecederaan orang tersebut di dalam perutnya. Apabila perlu mendarat, kaki-kaki berjari tiga akan tumbuh bagi menyokong berat badannya. Apabila mendarat, ia boleh memuntahkan semula orang di dalam perutnya (mereka akan diselaputi dengan cecair). Ia mencair kepada kabus hijau dan menjadi zanpakutō semula setelah Unohana mengurungnya.
{{endspoiler}}
 
[[Kategori:Bleach]]
 
[[en:Retsu Unohana]]
[[pt:Unohana Retsu]]