Kurotsuchi Nemu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Laman baru: 250px|right|thumb|Kurotsuchi Nemu'''Kurotsuchi Nemu''' (涅 ネム) ialah watak dalam manga dan siri anime ''Bleach''. Dia merupakan leftenan bagi Bahagia...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:08, 27 Mac 2007

Kurotsuchi Nemu (涅 ネム) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan leftenan bagi Bahagian ke-12 dalam Gotei 13 di bawah pimpinan Kurotsuchi Mayuri.

Kurotsuchi Nemu

Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan

Nemu ialah anak perempuan tiruan yang dicipta oleh Kurotsuchi Mayuri dengan menggabungkan badan tiruan (義骸, gigai) dan roh tiruan (義魂, gikon). Nemu adalah seorang yang pasif dan introvert. Dia sering mendiamkan diri di hadapan kaptannya. Hubungannya dengan Mayuri langsung tidak seperti hubungan ayah dengan anak yang biasa; Mayuri tidak kisah tentang kebajikan Nemu malah menggunakan anaknya sebagai umpan dalam pertarungan. Mayuri hanya mengambil berat atas nyawa Nemu kerana Nemu ialah bukti kehebatannya dalam bidang sains.

Walaupun sering didera dan diperlaku dengan teruk oleh ayahnya, Nemu masih menunjukkan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Mayuri. Nemu pernah melahirkan rasa bimbang atas hidup mati Mayuri walaupun dia tidak dapat menjelaskan sebab kepada perasaannya. Sikapnya yang amat menurut kata nampaknya bercambah daripada status dan hubungan tunggalnya kepada Mayuri sebagai saudara. Tidak seperti ayahnya, Nemu mempunyai perikemanusiaan. Dia menyelamatkan Ishida Uryū selepas Mayuri ditewaskan (bertentangan dengan hajat ayahnya); dia memberi penawar kepada racun Mayuri dan berterima kasih kepada Ishida kerana tidak memanah Mayuri di kepalanya.

Pakaian Nemu amat berbeza dengan shinigami lain. Dia memakai skirt mini dan obi putih.

Nemu, walaupun pasif, merupakan ahli Persatuan Shinigami Wanita. Dalam komik VJump, Nemu dan Kotetsu Isane dihantar untuk menangkap gambar Kuchiki Byakuya untuk kalendar persatuan. Apabila usaha mereka gagal, Nemu memperlihatkan kenaifannya dalam hal-hal terkini (dia berkata "butter" semasa menangkap gambar dan bukannya "cheese") dan cuba mengopakkan kamera serta menelannya untuk menghapuskan bukti. Mengikut bab lukisan kasar dalam edisi ke-25, dia didedahkan sebagai timbalan pengerusi bagi persatuan tersebut.

Kuasa dan Keupayaan

Sebagai makhluk tiruan, Nemu dapat hidup walaupun dicederakan dengan serius; Mayuri memaklumkan Ishida bahawa walaupun Nemu cedera parah, dia tetap akan hidup. Nemu juga membawa penawar kepada beberapa racun yang digunakan oleh Mayuri ke atas pihak lawan. Dia memberikan penawar tersebut kepada Ishida selepas pertarungan antara Ishida dengan Mayuri tamat.

Zanpakutō

Nemu biasanya tidak membawa zanpakutō. Ilustrasi dalam buku seni "All Colour but the Black" menunjukkan bahawa zanpakutōnya berbentuk seperti katana yang kurus.