Kantata: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
kemaskini
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Perkataan “kantata” tidak wujud sehingga abad ke-16 kerana semua [[muzik]] nyanyian ketika itu adalah berbentuk [[vokal]]. Tetapi apabila kebangkitan seni alat-alat [[muzik]] berkembang pada abad ke-17 , perkataan ini mula muncul sebagai satu seni yang membolehkannya membentuk [[sonata]].
 
Dari pertengahan abad ke-17 sehingga akhir abad ke-18, bentuk kegemaran [[muzik bilikkamar]] [[Itali]] adalah kantata untuk satu atau dua suara [[solo]] sahaja yang ditemani dengan alat [[muzik]] harpsichord dan juga beberapa lagi alat – alat [[muzik]] [[solo]]. Kantata merangkumi babak pertama melodramatik pengenalan [[Oratorio | oratorikal]] atau babak [[resitatif]] [[drama]], dibuat bersama dengan [[aria]] lama yang diulangi untuk beberapa masa. Contoh yang terbaik boleh didapati di dalam [[muzik]] [[gereja]] karya [[Giacomo Carissimi]] dan karya vokal [[solo]] oleh [[penggubah]] [[Henry Purcell]] seperti di dalam drama ''Mad Tom and Mad Bess''.
 
==Kebangkitan==