Kubang Kerian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Kerina yin (bincang | sumb.)
menambah gambar papan tanda nama jalan "Jalan Pasir Puteh" + pautan dalam ke "Laluan Persekutuan Malaysia 3"
Baris 56:
 
'''Kubang Kerian''' ialah sebuah bandar, daerah dan juga kawasan parlimen di jajahan [[Kota Bharu]], [[Kelantan]], [[Malaysia]]. Kampus cawangan [[Universiti Sains Malaysia]] (USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasuk [[Jabatan Neurosains]]), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Sebuah hospital pengajaran, [[Hospital Universiti Sains Malaysia]] (HUSM) terletak di kawasan kampus. Kubang Kerian terletak kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kota Bharu dan kira-kira 40-45 minit dari lapangan terbang [[Pengkalan Chepa]].
 
[[File:Papan tanda nama jalan dalam tulisan Jawi dan Rumi.JPG|thumb|Papan tanda Jalan Pasir Puteh yang terletak di penghujung [[Laluan_Persekutuan_Malaysia_3 | Jalan Persekutuan 3]].]]
 
Majoriti penduduk Kubang Kerian merupakan Muslim. Terdapat banyak masjid di sini, tetapi tiada gereja atau kuil. Masjid terbesar ialah Masjid Sultan Ismail Petra atau dikenali sebagai Masjid Biru Kubang Kerian yang terletak 5 minit dari kampus USM. Kawasannya juga menempatkan Istana diraja negeri Kelantan, serta menjadi tempat kediaman rasmi [[Sultan Kelantan]] serta kerabat diraja Kelantan Darul Naim.