KTM Komuter: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yamahaboy81 (bincang | sumb.)
Yamahaboy81 (bincang | sumb.)
Baris 34:
Pada permulaan projek kereta api komuter ia berhadapan dengan beberapa halangan disebabkan masalah penyediaan infrastruktur. Berbeza dengan perkhidmatan kereta api yang sedia ada, kereta api komuter menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan ini memerlukan kepakaran khusus yang perlu dibawa masuk daripada luar negeri, terutamanya [[India]]. Sepanjang tempoh percubaan berlaku beberapa masalah kecil yang selalunya berpunca daripada aliran kuasa elektrik. Tetapi kini kesemua masalah itu telah dapat diatasi dan komuter merupakan salah satu satu sistem pengangkutan awam yang cukup istimewa di [[Malaysia]].
 
==SejarahLatarbelakang==
Keretapi Tanah Melayu Berhad melaksanakan projek komuter bermula dengan hanya empat tren. Jumlah tren itu kemudiannya ditambah secara beransur-ansur sehinggakan pada 2006, KTMB mempunyai 62 tren setiap satu membawa tiga gerabak yang dibekalkan tiga negara utama iaitu Korea Selatan, Austria dan Afrika Selatan.
 
Kereta api Komuter beroperasi pada kelajuan 120 kilometer sejam merentasi bandar raya Kuala Lumpur setiap 15 minit pada masa sibuk dan di antara 20 hingga 30 minit sewaktu kurang sibuk. Perkhidmatan komuter yang cemerlang memastikan para penumpang dapat sampai ke destinasi tepat pada masanya pada kadar tambang yang murah. Populariti komuter dapat dilihat daripada jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu yang mencapai 98 peratus setiap hari, manakala pada masa sibuk kadar ini mencapai hingga 100 peratus.
 
==Butiran==